Thursday, August 27, 2009

Tazkirah buat semua

Belum sempat kering air mata, belum sirna duka merana. Kembali kita bersedih. Setelah berkali-kali digoyang gempa, kemudian diluluhlantakkan oleh banjir disusul tanah runtuh.

Terdengar pekik tangis, gugup, takut, takbir, tahlil. Rumah bergoyang dan runtuh dengan sangat kencangnya, cepat, dan tak terfikirkan.



“… dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya” (Al Ankabut 53)



Tidakkah, kita mengambil iktibar dari kaum-kaum yang telah dibinasakan oleh Allah karena maksiat. Bagaimana kaum Nabi Sholih menjadi mayat yang bergelimpangan di tempat tinggalnya karena gempa. Begitupula kaum Syu’aib yang mendustakan nabinya.



“Maka mereka mendustakan Syu'aib, lalu mereka ditimpa gempa yang dahsyat, dan jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat-tempat tinggal mereka” (Al Ankabut 37)



Apakah kita akan mengikuti para ahlul hawa yang mengatakan ini adalah perkara tabi’i (periistiwa alam biasa) ? Tidakkah kita lupa dengan ayat ini :



“Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras” (Hud 102)



Sungguh kita yang zalim bukan Allah yang menzalimi kita. Ampuni hamba-Mu ini ya Allah. Kami tahu ya Allah, telah banyak nikmat Kau berikan pada kami, tapi kurangnya rasa syukur kami pada Mu.

Tanda-tanda akhir zaman telah banyak Allah buktikan adanya kepada mata-mata manusia.

Benarlah kata-kata NabiMu Muhammad, tak kita sangsikan lagi.
Ramainya perempuan daripada lelaki;
Tiada islam pada seseorang itu melainkan hanya pada nama;
Abdullah tapi buat zalim, Muhammad tapi tak mahu solat sujud pada kekuasaanMu ya Allah;
Kurangnya orang yang solat Subuh berjemaah;
Menghalalkan yang haram dan sebaliknya;
Dan banyak lagi kata-kata Nabi Allah...


Ampunilah kami ya Allah...



Saudaraku

Dahulu, ketika Rasulullah saw masih hidup, bumi ini pernah bergetar dan bergerak. Rasulullah ketika itu dikelilingi para sahabatnya. Saat getaran dan gerakan itu dirasakan Rasulullah saw, ia segera meletakkan tanagnnya yang mulia di atas tanah, lalu berucap, “Diamlah..belum datang saatnya untukmu (bergerak)” lantas Rasulullah saw menoleh dan berkata kepada para sahabatnya, “Sesungguhnya Tuhan kalian meminta kerelaan kalian, maka relakanlah dia.” (Al Jawab Al Kafi Ibnul Qoyim)

Dizaman Umar bin Khatab ra, gempa bumi pernah terjadi 20H. Ketika itu Umar ra berkata, “Wahai manusia, getaran bumi ini tidak lain karena sesuatu (kemaksiatan) yang kalian lakukan. Demi Zat yang jiwaku di TanganNya, jika bumi ini bergerak kembali, aku tidak akan tinggal bersama kalian selamanya di tempat ini!”

Tetapi ya Allah, janganlah balasi dosa kami ini dengan azabMu ya Allah, sesungguhnya kami lagha, lalai dengan dunia yang penuh penipuan ini.

Umar bin Abdul Aziz, pernah menulis surat kepada para pembesarnya, “Sesungguhnya bergeraknya bumi ini sesuatu teguran Allah SWT kepada hamba-Nya. …..Barangsiapa yang memiliki sesuatu untuk disedekahkan, maka sedekahkanlah. Katakanlah sebagaimana dikatakan Adam as, “Robbana dzolamna anfusana, wa in lam taghfirlana lana kunanna minal khosirin. Katakanlah seperti Nabiyullah Nuh as “Wa illa taghfirlii wa tarhamnii akun minal khosirin…”. Katakanlah sebagaimana perkataan Yunus as. “Laa ilaaha ill anta subhanaka inni kuntu minadz dzolimin.

Dengan berkat Hamba-hambaMu yang beriman, kami mohon kerahmatan dariMu ya Allah...

Memang musibah kadang untuk menguji manusia.
Tetapi adakalanya kerana maksiat yang dilakukan..

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

Mahu atau tidak. Percaya ke tak. Kita sudah pun menempuh bulan Ramadhan. Rasa sekejap saja masa berlalu. Sedar tak sedar, dah tiba di Ramadhan. Dan dari sehari ke sehari, kita semakin mendekati mati. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana mengizinkan kita menempuh Ramadhan yang mulia ini, sebagaimana insan yang lain mungkin tak sempat utnuk menjamu nikmat Ramadhan kali ini.

Penulis sendiri cukup kagum dengan kehadiran para warga kampus penulis yang memenuhi setiap inci masjid di tempat kami. Walaupun bersesak akibat masjid kami yang tidak sebesar mana, namun masih tetap kekal mengerjakan Terawih bersama-sama. Di sini ada beberapa perkara yang mungkin kita tersalah faham di dalam bulan Ramadhan ini. Kita mahu beribadah semaksimumnya, jangan jadikan salah faham ini sebagai pembantut amalan kita.

1. Ramai yang berpusu-pusu untuk mengerjakan Solat Sunat Terawih berjemaah, sedangkan tak ramai yang berkejar-kejar untuk Solat Fardhu Subuh berjemaah. Sesungguhnya kita sendiri sedia maklum, pahala orang Solat Subuh berjemaah bersamaan dengan solat sunat sepanjang malam! Antara fardhu dan sunat, sudah tentu fardhu yang perlu diutamakan.

2. Makan di tengah malam, bukanlah dinamakan sahur. Ia dipanggil supper, makan lewat malam. Sahur ini di penghujung waktu. Mengikut sunnah Rasulullah. Sememangnya kita sukar untuk bangun bersahur. Namun, keberkatan yang ada tidak terhitung banyaknya.

3. Puasa bukan alasan untuk kita tidak produktif dalam kerja seharian. Bila ada saja Muslim yang letih, lesu apabila berpuasa, jangan disalahkan puasa itu. Salahkan orang yang berpuasa. Sedangkan para sahabat dulu boleh pergi berperang semasa di bulan Ramadhan.

Jom, sama-sama tingkatkan amalan. Jadilah insan yang Rabbaniyyah, bukan Ramadhaniyyah.

Monday, August 17, 2009

Para pemimpin...ingatlah!!!

Untuk mempengaruhi seseorang, pelbagai faktor perlu diambil kira. Tak kiralah sebagai presiden untuk mempengaruhi anak buahnya atau pimpinan tertinggi mempengaruhi orang bawahannya. Sehebat mana pun seseorang itu sebagai pemimpin, jika ia tidak menguasai perkara ini, ia tidak akan menjadi pemimpin yang baik. Antara faktor yang terpenting dalam mempengaruhi individu lain ialah buat mereka rasa dihargai.

Adakah betul cara seorang ketua, memarahi ahlinya untuk melakukan kerja? Mungkin ahli itu akan buat juga kerja tersebut, tapi adakah dia ikhlas? Disebabkan tersalah cara memberi arahan, ia mungkin mengakibatkan niat seseorang melakukan kerja berubah. Adakah anda, kita, atau sesiapa yang menjadi pemimpin sanggup bertanggungjawab atas dosa dan kerja sia-sia yang dilakukan orang bawahan kita?

Tegas itu perlu, tapi bukan tegas dalam intonasi memberi arahan. Tegas dalam intonasi di sini tak semestinya dengan meninggikan suara sahaja. Apa saja kata-kata yang boleh menyakitkan hati walaupun dengan tidak meninggikan suara adalah salah sama sekali. Tegas yang sebetulnya ialah dalam prinsip yang dipegang. Bukan cara memberi arahan. Kebanyakan dari kita, tersalah memahami maksud tegas apabila menjadi pemimpin. Dan kesannya seperti yang penulis katakan tadi. Orang akan susah menerima arahan. Di depan kita mungkin mereka akan mendiamkan diri, semata-mata hormat akan kedudukan kita. Tapi dalam hati, ada yang tahu? Nak salahkan mereka pun tak boleh, sebab kita yang menyebabkan itu terjadi.

Untuk membuat orang mengikut kata-kata kita, jangan sesekali campur-adukkan perasaan peribadi. Bila mood kita baik, boleh saja kita bagi arahan dengan baik. Tapi bila sebaliknya, kita tak lakukan dengan sepatutnya. Sebagai pemimpin, kita perlu ingat yang ahli kita juga manusia. Ada masalah masing-masing. Jangan pentingkan diri, disebabkan kita tak berada dalam keadaan baik, kita layan orang lain pun begitu. Ini baru dikatakan emosional.

Selain itu, bila kita menyuruh orang lain melakukan sesuatu, biar kita yang mulakan dahulu kerja tersebut. Barulah boleh dijadikan contoh. Ini tidak, cakap tak serupa bikin. Kita suruh orang buat itu ini, sedangkan kita tak buat. Kita larang buat macam ni macam tu, tapi kita buat. Cerminlah diri dulu. Jangan nanti kita dipersoal oleh Allah di akhirat. Renung sendiri ayat 2-3 dari surah as-Sof.

Dalam dunia ni, terdapat 4 jenis pemimpin:

1. Pemimpin yang tak mahu mendengar masalah ahlinya
- Memang wujud pemimpin sebegini, tapi akhirnya cara pemerintahan itu akan menjadi diktator. One way order. Ada yang berjaya dengan cara begini, tapi terlalu sedikit.

2. Pemimpin yang mendengar tapi tak memberi respon
- Sekurang-kurangnya ia menjadi pendengar, itu sudah cukup. Tapi mungkin ada ahli perlukan lebih dari itu.

3. Pemimpin yang mendengar tapi akhirnya membidas si pencerita
- Pemimpin sebegini memang tak layak langsung jadi pemimpin. Elok dibangkulsampahkan saja jawatan yang diperoleh itu. Orang yang bercerita perlukan sokongan dan dorongan, bukannya perlian dan kata-kata pedas yang lain.

4. Pemimpin yang mendengar dan memberi respon
- Inilah sebaik-baik pemimpin. Apabila ahli membuka bicara mengenai luahan diri atau pendapat kepada kita, ia bermakna ahli percaya pada kewibawaan kita sebagai pemimpin. Lalu bagi respon yang baik. Ini dapat membina hubungan yang baik dan memperbaiki mentaliti seseorang. Kesan jangka panjangnya adalah lebih mudah untuk kita memberi arahan di kemudian hari.

Wahai pemimpin sekalian,
Ingat! Kamu tanpa orang bawahan adalah ibarat singa cedera yang bersendirian menunggu mati. Cedera kerana kebodohan, kesombongan dan keegoan diri. Akhirnya singa yang hebat tapi tak berdaya, hanya mampu menunggu masa untuk dikuburkan tanpa teman lain.

"Setiap orang adalah pemimpin, dan ia akan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya."

Wednesday, August 12, 2009

Indahnya penciptaan manusia

Tahukah kita, Allah dah menerangkan sejelas-jelasnya tentang penciptaan manusia di dalam a-Quran? Termasuklah reaksi kimia yang berlaku. Tak percaya? Mari kita lihat buktinya.

Di dalam al-Quran ada menyebutkan asal kejadian manusia terdiri dari tujuh kejadian:

1. Surah ar-Rahman; ayat 14,

Ertinya,
"Dia (Allah) menjadikan manusia dari tanah kering seperti tembikar."

Dalam ayat ini terdapat perkatan 'shal-shaal' yakni yang bererti tanah kering atau setengah kering iaitu unsur pembakar (oksigen).

2. Ayat tersebut juga menyebut 'fakhkhar' yang bermaksud unsur arang (karbon).

3. Surah al-Hijr; ayat 28,

Ertinya,
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; sesungguhnya Aku (Allah) akan menciptakan seorang manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk."

Terdapat juga ayat shal-shaal yang telah diterangkan, manakala perkataan 'hamaa-in' ialah unsur nitrogen.

4. Surah as-Sajadah; ayat 7,

Ertinya,
"Dia (Allah) ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah."

Yang dimaksudkan dengan 'theen' ialah unsur hidrogen.

5. Surah as-Shaffat; ayat 11,

Ertinya,
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan mereka (manusia) dari tanah liat."

Ayat ini mengandungi perkataan 'theenin lazib' atau tanah liat iaitu unsur besi (ferum).

6. Surah ali-Imran; ayat 59,

Ertinya,
"...Allah menciptakan Adam daripada tanah"

7. Surah ali-Imran; akhir ayat 59,

Ertinya,
"kemudian Allah berfirman kepadanya; "jadilah" (seorang manusia) maka jadilah dia."

Di dalam ketujuh-tujuh ayat ini, Allah telah menerangkan proses penciptaan manusia selengkapnya. Bermula pembentukan manusia, lalu ditiup roh sehinggalah ia menjadi makhluk bernyawa (jasmani dan rohani).

Sebagaimana ayat keenam, perkataan 'turab' (tanah) adalah sebatian asli yang terdapat dalam di dalam tanah yang dinamakan sebatian inorganik.

Zat inorganik terbentuk melalui reaksi antara 'fakhkhar'; unsur arang (karbon) dengan 'shal-shaal'; unsur pembakar (oksigen) dan 'hamaa-in' (nitrogen) serta 'theen' (hidrogen).

Lalu, zat inorganik ini berpadu dengan unsur besi (ferum), natrium, kalium, silikon, mangan yang disebut 'laazib' dalam surah as-shaffat; ayat 17. Di dalam proses tersebut, terbentuklah protein yang disebut 'turab' (sebatian inorganik) seperti yang dinyatakan dalam surah ali-Imran; ayat 59. Salah satu unsur terpenting iaitu kalium terdapat banyak di dalam tubuh, terutamanya di kawasan otot.

Kalium ini penting kerana ia mempunyai peranan di dalam proses kehidupan, pembentukan tubuh halus.

Dengan terhasilnya protein tadi, maka berlakulah proses penggantian atau substitution. Setelah selesai, lalu bergeraklah pula elektron-elektron sinar kosmik yang mewujudkan sebab pembentukan (cause of formation) atau sebab wujud (cause of existence).

Sinar kosmik ialah sinar yang mempunyai kemampuan untuk mengubah sifat yang berasal dari tanah. Dengan mudah sinar kosmik dapat membentuk tubuh jasmani manusia seperti telinga, kaki, tangan dan sebagainya.

Nah, sampai di sini saja tahap ilmu pengetahuan manusia tentang penciptaan manusia. Manakala unsur rohani perlu diterangkan dengan lebih lanjut melalui ilmu metafizik.

Wallahu 'alam.

Sumber; Tafsir al-Quran, Dialog masalah ketuhanan Jesus (Kiai Hj Bahaudin Mudhary)