Wednesday, March 30, 2011

Diam



Seseorang berada dalam tempoh diam untuk dia mencari sesuatu. Bagi saya, diamnya saya kerana memuhasabah diri atau sedang mengeksplorasi sesuatu. Diamnya saya sebegitu lama adalah kerana saya mencari sesuatu. Mencari kekuatan. Mencari diri.

Kini, saya masih tak jumpa apa yang saya cari. Dulu, saya suka bercakap tentang motivasi untuk diri sendiri, untuk orang lain. Tak banyak pun, pasti ada. Kata orang, sebelum mengajar orang, diri sendiri perlu di perbetulkan. Itulah yang terjadi pada diri saya. Diamnya saya kerana saya berusaha membetulkan diri sendiri. Seboleh mungkin, saya akan berusaha. Elak untuk cakap tak serupa bikin. Dulu, saya selalu fikir tentang masalah orang lain. Sampaikan masalah saya sendiri saya biar ke tepi. Sekarang, bila terhimpun semua masalah yang saya tolak ke tepi, akhirnya saya yang menggelabah sendiri.

Motivasi sering di kaitkan dengan sikap bersemangat tinggi. Sebab itu diamnya saya kerana saya tidak lagi bersemangat seperti dulu. Itulah kata orang, bila sudah selalu bersemangat tinggi, sampai ke satu masa nanti tangki motivasi dalam diri saya pasti akan kosong sebab saya alirkan isinya pada orang lain.

Saya perlukan masa untuk ‘refill’ motivasi dalam diri saya. Biarkan saya sendirian seketika. Maaf dipinta kerana masa untuk saya berkelana sudah terlalu lama. InsyaALLAH, saya akan kembali untuk anda semua.