Thursday, October 11, 2012

Mengurus Peranan Diri - Menentukan Matlamat 1


Salam,

Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai matlamat. Sebelum mengenalpasti bagaimana menentukan matlamat, perkara yang utama perlu dipertimbang ialah Compass dan Clock. Compass ialah apa yang dirasakan penting untuk menggerakkan kehidupan; seperti visi, misi, arah tuju dan prinsip hidup. Clock pula ialah apa dan bagaimana dibuat dengan masa seharian; contohnya komitmen, temujanji, jadual dan aktiviti dalam seharian.

Bagi menguruskan masa dengan baik, compass dan clock ini perlu seiring dalam menentukan jadual harian. Kebiasaannya ramai orang menguruskan masa dengan mengutamakan clock. Kesannya, kita akan rasa stress, terbeban dan tertekan apabila masa seharian dihabiskan untuk kerja dan komitmen, sedangkan aktiviti tersebut bukanlah apa yang dimahukan dan diperlukan dalam hidup.




Jadi, sebelum merancang aktiviti-aktiviti yang bakal dibuat, kenalpasti compass sebenar dalam hidup. Untuk menentukan compass, tanya kepada diri “Apa yang paling penting?”, “Apa yang memberi erti dalam kehidupan?”, “Apa yang saya mahu dapat?” dan “Apa yang saya mahu jadi?”

Kedua persoalan ini bukan sahaja tertakluk pada kehidupan di dunia, malah lebih jauh sehingga mencakupi kehidupan selepas mati.

Timbangkan compass dan clock anda, kemudian tetapkan matlamat. Semoga berjaya!!

1 comment:

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259