Thursday, October 11, 2012

Mengurus Peranan Diri - Menentukan Matlamat 1


Salam,

Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai matlamat. Sebelum mengenalpasti bagaimana menentukan matlamat, perkara yang utama perlu dipertimbang ialah Compass dan Clock. Compass ialah apa yang dirasakan penting untuk menggerakkan kehidupan; seperti visi, misi, arah tuju dan prinsip hidup. Clock pula ialah apa dan bagaimana dibuat dengan masa seharian; contohnya komitmen, temujanji, jadual dan aktiviti dalam seharian.

Bagi menguruskan masa dengan baik, compass dan clock ini perlu seiring dalam menentukan jadual harian. Kebiasaannya ramai orang menguruskan masa dengan mengutamakan clock. Kesannya, kita akan rasa stress, terbeban dan tertekan apabila masa seharian dihabiskan untuk kerja dan komitmen, sedangkan aktiviti tersebut bukanlah apa yang dimahukan dan diperlukan dalam hidup.




Jadi, sebelum merancang aktiviti-aktiviti yang bakal dibuat, kenalpasti compass sebenar dalam hidup. Untuk menentukan compass, tanya kepada diri “Apa yang paling penting?”, “Apa yang memberi erti dalam kehidupan?”, “Apa yang saya mahu dapat?” dan “Apa yang saya mahu jadi?”

Kedua persoalan ini bukan sahaja tertakluk pada kehidupan di dunia, malah lebih jauh sehingga mencakupi kehidupan selepas mati.

Timbangkan compass dan clock anda, kemudian tetapkan matlamat. Semoga berjaya!!

Wednesday, October 3, 2012

Himpunan Bakat Nasyid - Single Pertamaku

Salam,

Alhamdulillah, lagu single pertama saya sudah berada di pasaran. Sesiapa yang berminat nak dapatkannya, boleh SMS ke no saya, 0145079035 (Adli) untuk butiran selanjutnya.

Album ini hanya permulaan dan percubaan sahaja. Sekarang, insyaALLAH dalam proses untuk merakam album penuh. Bukan sebagai solo, tetapi kolaborasi dengan sebuah band underground dan dua orang lagi vokalis. Dan nama kumpulan, setakat yang dirancang adalah SUFI. Nantikan kemunculannya!!

Alhamdulillah, my first single song already in the market. Anyone interested  to get it, please SMS to my phone number, 0145079035 (Adli) for further details.

This album is just the beginning and only trial. Now,  I am in the process of recording a full album. Not as a soloist, but with a collaboration with an underground band and the other two vocalists. And the name of the group, so far as planned is SUFI. Wait for our next project!!


HIMPUNAN BAKAT NASYID – EDISI PERTAMA (CD)
TERBITAN : JARINGAN MASRY ENTERPRISE (JME)
HARGA : RM22.90 (RM 25 + Pos)

1.Bisakah Aku Sujud -Naim Darus, 
2.Inikah Kebahagiaan - Alif Sobry
3.Kini - Masrie feat, Mizie, 
4.Tasbih Persahabatan - Zayyan
5.Kekasih Sepanjang Zaman - Rafzan (ex-Baiduri)
6.Sayang Abi Sayang Ummi - Brothers Voice
7.Setiap Hela Nafasku – Forheart, 
8.Duhai Isteriku - Aremean
9.Penentu Cinta - Adli Hashim, 
10.Kasih Sayang TUHAN - Irham
11.Kaca Yang Berdebu - Maidany