Friday, November 28, 2008

Munsyid oh munsyid

Nasyid adalah sebahagian dari dakwah. Munsyid adalah pendakwah. Menurut Ust Asri Rabbani, dakwah dari aspek nasyid dinilai dari 3 perkara, iaitu:
  1. lirik lagu nasyid
  2. penyampaian lagu
  3. imej peribadi munsyid

Lirik lagu nasyid adalah berdasarkan kata-kata nasihat, panduan, teladan yang boleh dijadikan ikutan oleh pendengar. Penyampaian lagu pula terpulang pada munsyid untuk membawa genre-genre nasyid yang berbeza bagi setiap lagu. Tujuannya adalah untuk menarik minat pendengar. Pada masa yang sama, elemen dakwah dalam lagu perlu disampaikan sepenuhnya kepada pendengar.

Dan yang paling penting ialah imej peribadi munsyid itu sendiri adalah cerminan kepada pendengar supaya dapat mencontohi peribadi munsyid itu sendiri. Jikalau lagu dan lirik sudah mantap, tetapi imej munsyid itu sendiri hancur, adakah dakwah tercapai? Jawapannya adalah tidak. Tidak sama sekali.

Jadi, oleh itu para munsyid sekelian. Ubahlah peribadi anda. Jangan sampai orang lain melihat anda berdating dan sebagainya. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Tuesday, November 18, 2008

Tips Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


Gurauan atau kutukan?!


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Kelakar, gurau senda, jenaka atau lawak adalah perbuatan, kata-kata untuk menggembirakan atau membuat orang lain geli hati. Rasulullah SAW juga berjenaka kepada kaum keluarga dan sahabat handai baginda. Tapi tahukah kita, bergurau juga ada adab-adabnya? Ataupun sudah tahu, tapi buat-buat tak tahu. Sebab adab-adab yang telah digariskan tidak menepati cita rasa kita.

Teringat gurauan Nabi Muhammad saw yang dikasihi bersama sahabat dan menantu baginda , Saidina Ali ra. ketika baginda dan saidina Ali bersama-sama makan tamar, Saidina Ali letak biji tamar dihadapan Nabi dan kata banyaknya Nabi makan, tapi Rasulullah saw jawab (lebih kurang camni lah...). "Kamu makan lagi banyak sampai biji tamar pun dimakan." Nabi junjungan kita tidak pernah ketawa terbahak-bahak pun, baginda cuma senyum hingga menampakkan giginya sahaja.

Antara adab-adab bergurau yang telah digariskan dalam Islam:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Sedar tak sedar, banyak perkara yang telah kita langgar. Perkara pokok dalam bergurau adalah mengetahui apa tujuan guraun tersebut. Mungkin tujuannya adalah untuk mengeratkan kemesraan antara sahabat/iah. Tapi ingat! Gurauan juga boleh membawa persengketaan. Mungkin di depan kita, sahabat itu masih bermanis muka dengan senyuman. Tapi dalam hatinya, siapa yang tahu?!


Dan gurauan ini juga bukanlah satu keperluan dalam pergaulan. Nabi kita sudah berpesan, "Orang yang banyak menangis di akhirat kelak adalah orang yang banyak ketawa di dunia."
Pelbagai banyak lagi perkara yang boleh dibuat untuk mengeratkan hubungan. Carilah yang berseusaian. Jangan sampai gurau hingga bergaduh.

Tuesday, November 11, 2008

Wanita, terdesakkah kamu?

Pernah tak terbayang, ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan? Kandungan yang diusung ke mana saja tidak dianggap sebagai beban, malah dibelai lagi. Ditambah pula dengan kesakitan semasa hendak melahirkan kita. Sakit yang kedua ter'sakit' selepas sakit menghadapi sakaratulmaut, melahirkan anak.

Syurga di telapak kaki ibu.


Ayah pula, yang berhempas pulas cari rezeki. Siang dan malam rela berkorban. Tidak kira penat lelah sendiri, semuanya untuk keselesaan kita. Kadang-kadang semput datang bertamu, tetapi diendahkan saja.

Tiada sebab bagi seorang anak membenci ayahnya.


Siapa-siapapun kita, di mana-mana pun kita, semuanya adalah kerana jasa ibu bapa kita. Tanpa pengorbanan mereka, hidupkah kita? Tanpa titik peluh mereka, bernilaikah kita sekarang?

"Jangan ganggu, saya nak ikut laki." Tajuk berita yang keluar di Metro semalam.
(http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081110095025/Article/index_html). Inilah realiti kehidupan masyarakat kita sekarang. Cerita sebegini dianggap sudah basi untuk dimuatkan dalam akhbar. Sebab apa? Sebab hari-hari berita yang sama dilonggokan pada kita. Anak perempuan lari ikut teman lelaki, cinta konon. Akhbar keesokan harinya, berita yang sama lagi dihadapkan.

Tak pernah pula dengar anak lelaki lari rumah ikut teman wanita. Bukan mahu membezakan atau mengangkat mana-mana golongan. Tapi ini ialah realiti..!! Semakin hari sikap manusia semakin pelik, semakin jelik angkara jauhnya kita dari Al-Quran dan Sunnah.

Sewaktu pulang ke kampung baru-baru ini, rumah opah penulis didatangi seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 50-an, agaknya. Kunjungan beliau dengan menunjukkan sekeping gambar seorang gadis muda pada kami sekeluarga, sambil bertanya, "Pernah nampak tak orang dalam gambar ni? Anak pakcik ni. Dah seminggu tak balik rumah."
Pada wajah orang tua itu, penulis mendapati ada satu harapan pada kami semua yang kami pernah melihat anaknya. Pandangan matanya redup. "Minta maaflah pakcik, kami pun bukan orang sini. Memang tak pernah nampak langsung." jawab penulis setelah meneliti gambar yang diberi.
Setelah mendengar jawapan itu, terlukis kehampaan yang jelas pada wajah orang tua itu. Matanya mula berkaca, menahan tangis. Dalam hatinya hanya ingin mencari anaknya, bukan mencari simpati, fikir penulis.
"Tak mengapalah, nak. Terima kasih membantu. Doa-doalah pakcik jumpa dia ye."
"InsyaAllah, pakcik." Penulis tak sanggup meneruskan dialog dengan orang tua tadi. Dalam hati penulis berperang dengan perasaan sedih, marah, kecewa. "Agaknya macam mana perasaan orang tua tu, aku pun rasa begini," getus hati penulis.

Cerita di atas tadi bukan skrip sebuah drama atau filem atau cerpen. Tapi hakikat sebenar sebuah kehidupan, yang semakin merapu dan entah apa-apa!!

Penulis cuba membayangkan situasi tadi pada keluarga sendiri, Ya Allah tak sanggupnya nak buat begitu. Tergamak gadis tadi. Bukan hanya sudah menconteng arang, ini sehingga tahap menghancur-remukkan hati ayahnya sendiri. Ish, binatang sungguh. Geram betul. Walaupun bukan kena-mengena dengan penulis, tapi bila penulis terbayang wajah sugul orang tua itu, hati siapa tak terbakar. Tambahan pula, di waktu umat Islam merayakan Aidulfitri, si gadis tadi tergedik-gedik lari dari rumah mengikut teman lelakinya.

Persoalannya, siapa perlu disalahkan? Ibubapa? Teman lelaki? Gadis itu sendiri? Salah sama sekali! Persoalannya bukan pada siapa perlu dituding jari untuk melontarkan kesalahan-kesalahan tadi. Persoalannya ialah APA PERANAN KITA SEMUA?!

Ya akhi, ya ukhti, ada komen?

P/s: Minta maaf sekiranya tajuk artikel agak keterlaluan. Tidak bermaksud untuk menjatuhkan wanita.

Sunday, November 9, 2008

Merdeka.

Hmm, tinggal lagi dua paper untuk final sem 3 ni. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal pun sudah. Dan kebanyakan dari pelajar UMP sendiri sudah selesai peperiksaan akhir mereka. Ya, sudah merdeka kata mereka. Sebenarnya tujuan penulis mengisi blog dengan artikel ini adalah kerana merasa pelik (mungkin jelik...) dengan sikap segelintir dari kita, yang mana ibadahnya pun merdeka juga selepas exam!!

Kalau dilihat di masjid UMP, waktu menjelangnya peperiksaan memang ramai jemaah. Bagus, memang bagus. Semakin kita tertekan dengan pelajaran dan exam, elok juga release tension di masjid. Daripada tenangkan fikiran di tempat yang tidak sepatutnya. (Baru-baru ini juga kecoh di UMP tentang pelajar yang sudah berani mengunjungi kelab-kelab malam, dengan tujuan untuk release tension )

Pada Allah lah tempat kita mengadu tentang bebanan kita. Pada Allah juga tempat kita meminta untuk diberikan kejayaan dalam menjawab peperiksaan.

Apa-apa pun yang penting ialah ibadah kita bukan setakat masa mahu menghadapi exam sahaja. Ini tidak. Selepas habis periksa, MERDEKA! Itu juga yang dilaungkan (sebenarnya zaman penulis masa sekolah dulu pun laung merdeka juga lepas exam...hehe). Merdeka dari segala bebanan exam itu, betullah. Tapi selesai exam, kita tak perlu meminta pada Allah lagi ke?! Kita tak perlu hidup di bumi Allah lagi ke?!

Bukanlah semua dari kita yang macam tu fe'elnya. Tapi hakikatnya lagi ramai orang yang sebegitu. Penulis dulu ada seorang kawan, yang mana sebelum exam memang cukup jaga. Cukup jaga dari segi makanan, pandangan, memang Ustaz betul dia ni. Tapi masa sebelum exam ajelah. Lepas exam, cerita-cerita yang ehem2 itu ditengok juga. Marah betul penulis dengan sikap kemunafikannya itu.

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? (Al-Mukminun: 115)

Antara faktor utama yang menyumbang kepada perkara ini ialah kita kurang merasa kebergantungan pada Allah. Bagi segelintir golongan ini, dia hanya bergantung pada Allah ketika dia susah. Ketika dia memerlukan sokongan. Ketika dia memerlukan ketenangan. Padahal segala gerak geri dia dengan izin Allah jua. Termasuklah nafas, fikiran dan hati.

Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang di dalam hati kamu atau kemu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (Al-Baqarah: 284)

Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan baik sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. Dan sesiapa yang berbuat jahat sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. (Al-Zalzalah: 7-8)

Harapannya adalah supaya kita semua ni sedar diri sikit. Yang memberi rezeki, yang melindungi dan yang mengizinkan kita masih mampu menyedut oksigen adalah Allah SWT. Jadi, siapa yang rasa mahu memerdekakan ibadahnya, antara perkara yang perlu dinilai:
  1. Jangan makan dari rezeki Allah.
  2. Jangan hidup di bumi ciptaan Allah.
  3. Jangan langsung mengecapi nikmat Allah.
Semoga kita sentiasa istiqamah dan istimroriyah dalam ibadah. ALLAHUAKBAR!!



Saturday, November 8, 2008

Salahkan takdir kerana kesilapan yang kita buat?

Ketika melayari blog saifulislam.com, antara artikel yg menarik minat penulis ialah ttg mulut yg celupar. Dalam blog tersebut mengatakan ada insan yg menyalahkan asal usulnya kerana dia bermulut celupar. Tetapi pada masa yg sama dia tetap merasa bangga atas keceluparan diri dia.


Penulis teringat pula kata-kata sorg kenalan,

"Nak wat mcm mana, inilah diri aku. Baik buruk pun da tertakdir"


Ada satu kisah yg menarik, yg rasanya sume da taw psl kisah ni.

Sorg mat rempit yg org utara kata hawaq (baru blaja je pkataan ni), mmg teruk sungguh perangai dia ni. Dengan merempitnya, dengan sikap panas baran dia. Eh banyak lagila yg xbagus dia ni. Dia ni ditegur oleh sorg ustaz.
Agaknya mgkn panas dgn teguran ustaz tu, dia pon balas blk,"Ustaz, saya ni jahat sebab Allah da memang takdirkan saya jadi mcm ni. Nak wat cmne lg?"
Ustaz tu pun tanpa panjang lebar, dilempangnya muka mat rempit tu tadi (berani btul ustaz ni...cari psl ngn mat rempit lak tu)
"Pehal ustaz ni tiba-tiba tampar saya ni??!!!" tanya mat rempit pd ustaz tu dengan nada yg btul2 marah. Menyinga dia ni. Nasib baik dia tak balas blk kt ustaz tu (bgus mat rempit ni).
Ustaz tu pun dengan relax je jawab, "nak buat macam mana lagi, da memang tertakdir oleh Allah saya ni kena tampar awak lepas awak tnye td."

Kesudahan cerita ni xtaw la mcm mana, ustaz tu pn xtaw la kena msk ke x ISA sbb tmpar mat rempit td...
Tapi the moral of the story is kita jangan sesekali menyalahkan takdir atas kesalahan yang kte wat sendiri. (leh fikir2 kn hubung kait cerita td)

So, kalau ada sikap yg x elok dlm diri kita. Takut, misalnya.
"Eh, aku ni memang dari kecil lagi sorg yang penakut. Memang itulah diri aku. Penakut"
Ini prinsip yg salah sebenarnya. Adakah takut tu adalah sebab takdir yang menyuratkan kita sebagai seorang penakut?

Nasib sesuatu kaum itu takkan berubah kecuali mereka sendiri mahu mengubahnya.

Sikap yang negatif dalam diri kita adalah salah diri kita sendiri, bukan sebab telah tertakdir kita ni ada sikap yang negatif. Jadi, berubahlah kalau ada yang negatif tentang diri kita. Hanya nak atau tak nak je. JANGAN SALAHKAN TAKDIR.

Friday, November 7, 2008

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

Perhiasan wajah
  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Alangkah indah dan menarik jika anda mengamalkan sume tips2 ni (muslimat je ye )
Yg muslimin boleh amal tp tgk yg mne sesuai je



Perhiasan akhlak

Banyakkan bercakap dengan diri sendiri berbanding bercakap kepada orang (dengan cara berucap atau menulis komen), Orang yang lebih banyak membalas percakapan orang sedangkan sedikit sekali bercakap kepada diri sendiri, akan banyak bercakap dengan perkara-perkara yang merendahkan akal dan maruah.

Sabda Nabi SAW:

liyasmut.JPG

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik-baik atau lebih baik diam sahaja” (Muttafaq ‘alayh)

Bercakap lebih utama dari mendiamkan diri. Kerana itu saya amat menghargai pengunjung yang meninggalkan komen. Tetapi diam lebih utama dari bercakap, andaikata percakapan itu tidak berunsur kebaikan. Kebaikan tidak semestinya sopan pada bahasa, tetapi bernilai pada isi dan makna. Percakapan yang bernilai lazimnya terbit dari pemikiran yang mendahului percakapan.

Mengurangkan percakapan pada perkara yang tidak mendatangkan manfaat, adalah amat digalakkan di setiap keadaan. Bahkan ia adalah pelindung diri dari perkara yang lagha, dusta dan apa tidak diharuskan. Membanyakkan cakap membanyakkan silap. Mengurangkan cakap, meninggikan harga diri dan mengelokkan sikap.

sumber:saifulislam.com





Tuesday, November 4, 2008

Demi masa....


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".



Komen penulis:
Tanda2 ni mmg da ade...Semester 3 ni rse terlalu singkat...Mcm baru sebulan yg lepas je stat sem 3...Tup tap da masuk final exam da...
Kdg2 terfikir gak sndirian...adakah sudah hilang keberkatan pd cara aku blaja ni??
Minta2 la xjadi mcm tu...
Pe2 pon...selagi kte de masa, jom r same2 kte isi masa kte yg akn datang utk mencari redha Allah
Jgn nnt waktu ajal da smpai kerongkong baru nk fikir psl mati...

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yg beriman dan mengerjakan perbuatan baik; serta berpesan pada kebenaran dan kesabaran.

P/s: test material & energy balance rse kejap sgt. 3 jam duduk xrse pe2 pn.

Monday, November 3, 2008

Exam oh exam

Bermulanya minggu peperiksaan hari ni...
Ada yang glabes gle, (macam encik usop, bkn nme sbenar)
Ada yg relax je, mcm xde ape2... (ni penulis sendiri kot....)
Xkurg gak yg wat2 rajin sbb sume kwan yg len rajen tlebih... (xtaw da sape....de ke??)

Ape2 pn...yg pntg mase ni adalah wktu utk kte jihad btul2...
Kte letakkan usaha yg paling maksima dlm menjalani mggu exam....

Pagi td (3/11/2008, 8 am - 12 pm), berakhirnya satu paper bg penulis....
Alhamdulillah berjalan lancar...
Cuma soalan yg diharap dpt membantu sebelum2 ni....nmpaknya xtercapai impian tu...
Salahnye cume tersalah baca soalan....
Dan nak dijadikan cerita...5min lg nk abes, baru prasan kesalahan tu...(aargghh....!!! )

Tapi xpe, nasib baik yg len leh wat kn...
Skrg terserah pd Allah utk menentukan keputusannya nnt...

So...skrg fokusla utk paper2 lain....chaiyok!!!
Gud luck sume...

Ma'attaufiq wa annajah....

Salam.....

Salam perjuangan...

Antara minat menulis dan persaingan penghasilan blog, maka terhasilnya bidahdeli.
Kenapa bidahdeli???
Jgn tnye, sbb penulis sndiri pn xtaw apa cmne blh diilhamkn nama ni....
Tnye encik usop, bkn nme sebenar...utk maklumat lanjut



Jgn lihat siapa yg menulis, lihat apa yg ditulis....