Friday, August 20, 2010

Yang dekat itu namanya mati

Imam al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya, semasa sedang saat beliau menyampaikan kuliahnya, “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Seraya itu murid-muridnya menjawab “orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya”. Imam Ghazali menjelaskan, “Benar, semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘MATI’.” Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)

Sahabat sekalian, sudah lebih seminggu Ramadhan berlalu, sekarang ini barulah ada kesempatan untuk berkongsi peringatan di ruangan ni. Alhamdulillah, puji dan syukur tak terhingga kepada Allah kerana dengan izinNya, dapat juga saya berkesempatan untuk menulis sebarang dua perkara. Bukan untuk orang lain sahaja, bahkan untuk diri jua.

Sebelum tibanya Ramadhan, kita dikejutkan dengan pelbagai berita, tentang kematian. Sehinggakan pada hujung minggu sebelum Ramadhan, terdapat 3 berita kematian yang saya terima. Termasuklah sahabat dari warga kampus sendiri. Kematian itu mengejutkan. Lalu, terdetik di hati saya sebaik saja dapat melangkah ke Madrasah Ramadhan.

“Saya masih berpeluang melalui Ramadhan. Tetapi adakah saya dapat menggunakan masa ini sebaiknya? Apakah ini Ramadhan yang terakhir bagi saya? Sempatkah saya menghabiskan Ramadhan ini?”

Bukan persoalan Ramadhan semata yang saya bawakan. Tetapi melingkupi persoalan kematian, yang mana waktunya ianya menjadi rahsia sampai bila-bila. Nak tahu waktunya, kenalah tunggu datangnya kematian. Adakah petanda bagi kematian?
a. 100 hari : Seluruh badan rasa bergetar.
b. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d. 7 hari : Mengidam makanan.
e. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
i. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi dibahagian belakang badan. Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.


Ambillah iktibar, berapa orang yang sudah terlepas petanda ini? Pengakhirannya, tak dapat nak bersedia menghadapi kematian.

Ya Allah, matikanlah aku dalam sebaik-baik pengakhiran. Janganlah matikan aku dalam seburuk-buruk kematian.

Akhir kalam, yang dekat itu tetap namanya kematian.

3 comments:

Rasailul Ashwaq said...

Nak sedar akan petanda tu bergantung juga. Mahunya setiap hari seram sejuk fikirkan masalah lain, macam mana nak 'rasa'petanda. Orang yang melihat pun biasanya sedar lepas kematian seseorang.

p/s: Jantungku pernah sakit hapir 20 minit lepas makan ubat, memang sudahku mengucap berkali2 dan menangis takut mati..huhu~

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

InsyaAllah, jiwa yang mengingati mati akan mudah merasai petanda-petanda ni. Renungan bersama~

p/s: Makan ubat apa??

Rasailul Ashwaq said...

Orang sentiasa mengingati mati~

Kalau boleh tak mau ingat.
Ubat tu kalau tak silap ubat selsema dos tinggi. Bukan salah ubat, salah orang yang makan. Haha~ Sem yang sama, waktu final exam, kena drug allergy berturut-turut kepada 2 antibiotik. Setiap malam tidur dengan harapan akan buka mata es0k pagi. Satu kena tahan sakit, satu takut mati. Ketakutan melebihi kesakitan. Sebelum ni selesa dengan “hidup” dan tiba-tiba sakit… azab kubur, syurga neraka… semua berlegar-legar dalam kepala. Sampai terfikir kalaulah meninggal, berapa lama orang akan bacakan Yassin - sebulan, setahun? Rasa macam nak buat surat wasiat jangan lupa bacakan Yassin. Waktu tu tak fikir dah kaki sejuk ke, lidah bergulung ke, etc, etc~