Salam...
Terasa lama sungguh tidak meninggalkan tulisan di blog ni. Banyak sungguh komitmen lain yang terpaksa diutamakan. Ini baru tahun terakhir di universiti. Bagaimana di luar nanti. Bila ada komitmen dengan kerja. Bila sudah berkahwin, komitmen dengan keluarga pula. Saya berdoa dan berharap, saya akan terus istiqamah dalam bidang penulisan ini. InsyaALLAH....
Kali ini saya ingin bawakan tentang cinta. Kita sering mendengar istilah cinta. Malah, kita pun banyak kali bercinta. Cinta dengan siapa? Keluarga, sahabat, suami isteri dan pelbagai lagi. Cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yang dilihat dalam filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan.
Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Cinta ialah tentang persamaan atau cuba bersama, mengikut, mematuhi dan sebagainya. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yang diputar biarlah melalui frekuensi yang betul. Maknanya get the same channel. Gelombang yang betul baru dapat mendengar suara yang betul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yang online (berhubung langsung) antara sebut dan buat.
Menurut Dr Fadzilah Kamsah, untuk bercinta, kita perlu cari persamaan dengan yang dicintai. Kalau tiada persamaan, cuba adakan persamaan. Barulah cinta itu lambat atau tiada tarikh luputnya.
Apabila memperkatakan cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan. Cinta ialah memberi dan bukannya mendapat. Cinta bukannya 'apa yang saya dapat dari awak' tetapi cinta ialah 'apa yang saya boleh lakukan untuk awak.' Jika mahu orang mencintai kita, kitalah mesti mencintai orang itu terlebih dulu.
Apa itu cinta? Cinta jika diperhatikan pada perkataan Inggeris L.O.V.E yang bermaksud cinta. 'L' membawa makna loyal to the principal iaitu orang bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip. Jika seorang pekerja yang cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta. Cinta pada keluarga, tunai tanggungjawab pada keluarga. Orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.
'O' maknanya obey hot feeling iaitu buat tanpa berbelah bahagi. Dalam Islam menganjurkan kepatuhan kami dengar dan kami taat. Taat bukan saja di akal tetapi di hati yang paling dalam.
'V' ialah victory. Orang bercinta mesti memenangkan orang yang dicintai. Jika cinta pada negara, menangkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah. Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yang mahal untuk jenama berkenaan. Jika cinta pada Allah biarlah berorientasikan Allah. Maknanya utamakan Allah. Jika makan cari yang halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang-kadang kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama.
'E' ialah enlightment iaitu sejajar. Jadi, jika orang bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa. Kita bersama dengan yang dicintai, tidak boleh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak boleh dipisahkan antara air, gula dan kopi, sebab sudah sebati. Bak kata lagu, bagai irama dan lagu. Begitu juga air yang masin. Air dan garam tidak boleh dipisahkan. Jadi, cinta pada Allah juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. Begitu juga cinta pada al-Quran, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.
Syarat untuk bercinta:
1. Setia pada prinsip yang ditetapkan ALLAH.
2. Patuh setiap suruhan dan meninggalkan larangan ALLAH.
3. Mengutamakan ALLAH dalam setiap tindakan dan perbuatan.
4. Jangan lupa untuk mencintai ALLAH setiap masa.
No comments:
Post a Comment