Friday, April 24, 2009

Tazkirah buat diri

Asal kejadian manusia, dari setitis air mani yang hina. Yang tiada harga. Yang mana kalau jatuh ke bumi, tak patuk dek ayam, tak sudu dek itik. Tapi kenapa bila saja manusia itu sudah sempurna penciptaannya. Dari segi jasmaninya, pemikirannya. Manusia itu bisa saja merasa diri teramat hebat dan jauh lebih hebat dari orang lain.

Sang pejuang Islam, yang berkali-kali melontar kata-kata mengenai tarbiyyah dan dakwah, juga tidak terlepas dengan terasa diri hebat.

Hebatnya aku.
Hebatnya aku, ada ilmu yang tinggi. Ingat, ada yang lebih tinggi.
Hebatnya aku, berjuang untuk Islam. Ingat, ramai lagi yang berjuang. Hinggakan ada yang syahid ketika berjuang.

Sibuknya aku.
Sibuknya aku, terlibat banyak program dakwah. Ingat, berapa ramai yang lebih sibuk dari kita?

Sang pejuang,
Sibuknya, hebatnya kamu, kerana siapa?
Siapa yang menyibukkan kamu, sedangkan ada di kalangan kawan/kenalan kamu yang punyai masa terluang. Bebas untuk belajar, berpersatuan dan berpacaran.
Siapa yang menghebatkan kamu, sedangkan ada ramai lagi yang masih terkapai-kapai mencari realiti hidup.

Walhal, kepada yang sudah menjadi pemimpin, ada lagi yang masih merasa diri hebat. Penulis menyeru semua sahabat, pejuang-pejuang, sehebat mana pun kita. Sesibuk mana pun kita berdakwah. Semuanya kerana izin Allah. Kalau Allah tidak mengizinkan, kekallah kita menjadi setitis air mani. Yang tak patuk dek ayam, tak sudu dek itik.


Jawatan
Sebagai pemimpin, kita tidak patut ada rasa ego. Malah sepatutnya, bila sudah ada amanah, kita lebih tunduk dan tawadhu' kepada Allah. Bukan mengangkat dada dan berbangga, "Nah, aku lebih hebat dari kalian semua."

Ingat suatu perkara, apa yang dizahirkan di mulut, tak semestinya dizahirkan dengan perbuatan kita. Contohnya, "Eh, ana tak ada pun sifat ego ni."
Tapi adakah kalian sedar yang perbuatan kalian itu menghimpun keegoan dalam diri. Kita kata, kita tak buat perkara begini. Tetapi perbuatan kita mebuktikan sebaliknya.

Jadilah seperti padi, makin tunduk makin berisi. Makin luas ilmu di dada, makin kita rendah diri. Bila orang bawahan, atau sesiapa saja yang bagi nasihat, kita dengar. Jadikan ia tazkirah buat diri. Ini tidak. Bila orang bagi nasihat, kita cepat-cepat kata itu ini, mempertahankan diri.

Untuk apa? Apa kepentingan kita mempertahankan diri? Inilah yang dikatakan ego. Rasa diri hebat. Bila rasa diri lebih hebat dari orang yang memberi nasihat, kita rasa dia tak layak untuk beri nasihat pada kita.

Jangan jadi seperti lalang, semakin melangit. Jadi seperti beburung, yang bebas berterbangan di angkasa, tetapi pulang semula ke bumi, tempat asalnya.

Padi yang menunduk, akhirnya berbakti pada manusia. Lalang yang melangit, bukan sahaja merimaskan dan melemaskan mata, malah menyusahkan orang lain.

3 comments:

saljuhumairah said...

salam,
ambo suka part sibuk...

hanya org yang sibuk shj yang mempunyai masa....

HAMBA ALLAH said...

ADA ORANG BANYAK DUIT TAPI SENTIASA TAK CUKUP,ADA ORANG DUIT CKIT TAPI CUKUP MAKAN SIAP BOLEH BAGI DERMA LAGI..ADA ORANG BANYAK KERJA TAPI MASIH ADA MASA BUAT PERKARA LAIN DLM ERTI KATA WAT BANYAK KERJA DALAM SATU MASA,ADA ORANG TAK BANYAK KERJA TAPI JADI SIBUK MEMANJANG TAK CUKUP MASA KATANYA...selain pengurusan masa.sebenarnya ada satu nilai yang sangat membezakan dia dengan orang lain iaitu KEBERKATAN... CARILAH!!!!! ITULAH JUGA YANG KU CARI

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

Kap ba ra kap ta nun

Keberkatan...