Monday, October 26, 2009

Persiapan sebelum perjuangan!!!

Tekanan untuk menghadapi saat peperiksaan sudah mula memuncak. Dengan projek dan pembentangan yang tak sudah-sudah, lagi bertambah tegang. Apa-apa pun, penulis ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan yang akan datang nanti. Sebagai perkongsian, penulis sertakan beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan.


TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Fizikal

a) Perlukan tidur yang mencukupi. Waktu tidur yang optimum adalah 6-7 jam sehari bagi pelajar seperti kita. Dalam Islam, walaupun Qiamullail itu digalakkan dan sangat dituntut. Allah SWT perintahkan supaya kita berqailullah, yakni tidur sekejap sebelum zuhur. Tidur 5 minit sebelum zuhur sudah mencukupi untuk menampung waktu Qiamullail pada malam sebelumnya.

b) Riadah itu perlu, tetapi jangan keterlaluan. Cukup sekadar 20 minit sehari dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kepentingan untuk bersukan atau riadah ini adalah untuk memastikan seluruh tubuh kita aktif dan dapat melancarkan peredaran darah.

c) Jagalah keselamatan diri semasa musim peperiksaan. Jauhkan dari melakukan aktiviti yang berbahaya. Elakkan dari terlibat dalam kemalangan. Sentiasalah berhati-hati.

d) Jaga diet pemakanan. Makanan berkolestrol tinggi, berlemak dan memudaratkan kesihatan, perlulah dijauhkan.
"Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57).
Makanan yang baik bermaksud halal sumbernya, bersih dan tidak memudaratkan.


2. Mental

Persiapan mental penting kerana mentaliti yang baik akan menentukan tindakan yang dihasilkan adalah baik. Rasionalkan respon kita pada perkara yang berlaku di sekeliling. Jangan sesekali berfikiran negatif di atas perkara yang tidak diingini berlaku. Sebaliknya, fikirlah secara positif dengan menjadikan masalah kepada satu peluang.


3. Emosi

Emosi akan mempengaruhi mentaliti seseorang. Secara tak langsung, tindakan yang terbias dari diri kita juga akan dipengaruhi. Peristiwa yang berlaku di sekeliling, tidak kira menggembirakan, menyedihkan atau apa saja, pastikan emosi kita stabil.

Peristiwa tidak mencetuskan emosi. Tanggapan kita pada sesuatu peristiwalah, yang mewujudkan emosi.


4. Rohani

a) Sentiasa bermunajat kepada Allah. Berdialoglah denganNya. Tiada sesiapa selain Allah untuk kita sandarkan harapan dan harapkan pertolongan.

b) Zikir dan bacalah al-Quran. Dalam surah ar-Ra'd:36 (maksudnya); "sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

c) Jauhkan diri dari melakukan maksiat. Perkara maksiat akan menggelapkan hati dan membuatkan otak lembap.





Semoga berjaya!!!

2 comments:

Rasailul Ashwaq said...

“Jaga diet pemakanan. Makanan berkolestrol tinggi, berlemak dan memudaratkan kesihatan, perlulah dijauhkan.”

Jangan jaga pemakanan waktu peperiksaan je. Semua makanan, kecuali yang memudaratkan kesihatan, boleh dimakan pada bila-bila masa yang disukai tapi perlu diambil dalam kuantiti yang betul. Walaupun berat otak hanya 2% dr jumlah berat badan tapi kalori yg digunakan stp hari boleh mencapai 30% dr jumlah keseluruhan. Sedikit info mengenai makanan:

1. Kuning telur mempunyai lesitin yg dianggap penting utk otak cerdas. Zat besi dalam telur elok utk peningkatan daya ingatan dan konsentrasi letika belajar.

2. Otak memerlukan lemak utk menjaga kesihatannya. Jenis lemak yg diperlukan oleh otak ialah asid lemak omega-3 (EPA & DHA). Otak memerlukan ‘steady supply of glucose’. Jadi gula dan makanan berkarbohidrat (sumber glukos) penting utk ‘maintain the survival of effective brain’.

Alang2 dah cakap pasal lemak ni… sy kaitkan sedikit dengan puasa.

Glukos dalam darah akan digunakan utk menjana tenaga. Stelah glukos dalam darah habis, badan akan tukarkan glikogen (simpanan glukos dalam tisu otot) kpd tenaga. Semasa berpuasa, setelah simpanan dalam glikogen turut habis, badan akan berpindah kepada asid lemak untk mendapatkan tenaga. Asid lemak akan dipecahkan kpd acetyl-coA. Penurunan kadar glikolisis menyebabkan OAA kurang, dan OAA tak dapat memproses acetyl-coA utk Citric Acid Cycle.

Acetyl-coA kemudian akan ditukarkan kpd ketone bodies (acetoacetate, d-beta-hydroxybutyrate dan acetone). Acetone dikeluarkan dari badan (to preserve body’s acid-base balance) ketika bernafas, i.e. penyebab mulut kita berbau ketika berpuasa. Penukaran kpd ketone bodies menghalang penukaran protein kpd sumber tenaga.

Ketone bodies juga mempunyai ‘neuroprctective properties’. Jika kadar oksigen kurang semasa, glukos akan ditukarkan menjadi toksik laktik yg boleh merosakkan sel. Tapi ketone bodies mempunyai keupayaan membuat tenaga dengan kekurangan oksigen. Tambahan lagi, ketone bodies menyumbang kpd ‘decreased intra-cranial pressure’, ‘improved oxygenation of brain cells’, dan ‘prevent neurodegeneration in models of Parkinson's and Alzheimer's diseases’. D-beta-hydroxybutyrate sebenarnya merupakan ejen penambahbaikan fungsi otak.

Ketones can supply up to 90% of energy, with the brain fulfilling about 2/3rds of its energy requirement with ketones and the rest with glucose [Barnes RH et al, J Biol Chem, 1939;131:413-23].

Agak2 malas nak jaga diet, bolehlah berpuasa~

3. Buah dan sayuran terang mengandungi multivitamin, mineral dan zat2 fitokimia yg dpt menjaga kesihatan otak dan tingkatkan kemampuan otak. Otak akan lebih pantas bekerja terutamanya dalam mencari kembali memori lama yg diperlukan. Cth buah2 dan sayuran berwarna terang: mangga, betik, lobak merak, bayam, keledek, jagung, tembikai, strawberry dll.

a. Beri biru: menurut kajian oleh Human Nutrition Research Center for Aging di Tufts University, Boston, beri biru dapat merangsang pertumbuhan neuron2 baru, membuatkan sel2 otak menjadi remaja dan mencegah hilangnya daya ingatan.

b. Brokoli: menurut kajian oleh Royal Pharmaceutical Society, pengambilan brokoli dalam jangka masa panjang boleh menurunkan acetylcholine dalam system saraf pusat sekaligus meningkatkan daya ingat otak.

4. Air: bekalan oksigen kpd otak penting utk elak otak tidur @ kita tertidur sewaktu belajar. Akibat otak kurang oksigen: keletihan, hilang memori, kurang konsentrasi.

Panjang sangat? Sy tahu.. haha

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

Terima kasih doktor...
Eh salah...cikgu eya