Thursday, January 7, 2010

Membuat perubahan

5 Tahap Kesedaran (Level of Awareness)

Tahap 1
Anda tak tahu apa yang anda tidak tahu

Tahap 2
Anda tahu apa yang anda tidak tahu

Tahap 3
Anda tahu apa yang anda tahu

Tahap 4
Anda tak perlu tahu apa yang anda tahu


5 Tahap Kecekapan (Level of Efficiency)

Sempadan Palsu
- Iaitu perkara yang menghalang anda untuk terus maju, padahal ia adalah persepsi anda semata-mata.

Mewujudkan Kepastian
- Hapuskan perkara yang anda was-was dengan mencipta kepastian.

Set Gol
- Tetapkan matlamat anda untuk berjaya.

Tatakerja dan Semangat
- Perlu ada tindakan dan semangat dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Mengkotak-kotakkan
- Susun atur kehidupan anda dengan betul. Waktu yang telah ditetapkan untuk bekerja, gunakan ia sebaiknya. Jangan sampai hingga mengganggu waktu lain seperti berehat, hiburan dan sebagainya.


Dalam mencapai matlamat yang telah diset (Result), perlu ada tindakan untuk memastikan ia bergerak ke arah matlamat (Action). Dan tindakan pula perlu disusuli dengan usaha yang berterusan (Commitment). Komitmen ialah bermula dari langkah pertama, tetapkan laluan dan perjalanan hinggalah ke langkah yang terakhir.

C + A = R


Pengaruh diri

P1 - daya tolakan = faktor luaran
P2 - daya tarikan = persekitaran luaran
P3 - personal = dalaman

Setiap orang yang kita temui atau yang berada di sekeliling kita (P1) dan setiap situasi yang kita hadapi (P2) adalah bersifat neutral. Pilihan adalah terletak di tangan kita untuk menjadikannya positif atau negatif. Setiap tindakan adalah berpunca dari diri sendiri (P3). Daya tolakan dan tarikan mungkin memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan individu. Namun, kerelaan untuk bertindak balas adalah berpunca dari diri sendiri.

4 comments:

Rasailul Ashwaq said...

Kelmarin, seorang lecturer cerita tentang pelajar Cina di sekolah kebangsaan yang mengadu tentang amalan baca doa sebelum cikgu mulakan P&P.

Pelajar tu kata, kenapa setiap kali bertukar subjek, kena baca doa tu padahal pukul 7.30pg dah baca doa. Dan bagi dia itu mencuri waktu P&P.

Lecturer tu, non-muslim juga, dia setuju memang kita perlu minta kepada Tuhan supaya dilapangkan dada dan minda untuk menerima ilmu.

Lepas tu dia tanya, Adakah Tuhan perlu di-remind supaya memberi kelapangan untuk belajar setiap 40min atau 80min?

Rasa macam apa yg dia cakap tu (pasal remind)ada asasnya. Salah ke kalau cikgu suruh pelajar dia baca doa dalam hati?

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

Salam, budak tu tak faham tentang tuntutan berdoa dalam Islam. Tak menjadi masalah pun nak baca doa dalam hati. Mengenai penerangan yang lebih lanjut, boleh jumpa ustaz yang lebih faqih dalam hal ini.

Tapi rasionalnya, doa ini patut dibaca selalu supaya mendidik pelajar ini sentiasa ingat pada Allah. Dan melatih supaya mereka ini terbiasa dengan berdoa. Bukankah doa ini senjata mukmin?

Lagipun berapa minit sangat yang digunakan untuk berdoa sampaikan dikatakan mencuri waktu P&P.

Ini masalah kefahaman bagi pelajar Cina tu. Bila dah faham, bukan satu masalah pun. Yang menjadi masalah ialah bila orang Islam sendiri yang mempersoalkan perkara sebegini. Bukan setakat masalah, boleh kata musibah.

Kesimpulannya, terangkanlah pada yang tak faham ini, bukan serang. Ingat, terang jangan serang.

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

Analoginya seperti kita makan. Sekali kita makan, kita akan lapar semula. Dan perlu makan semula. Begitu juga doa. Kita tak tahu doa kita diterima atau tidak. Mungkin kali pertama sudah diterima. Mungkin juga doa kali ke 2, ke 3 dan seterusnya baru diterima.

Tapi ayat Tuhan perlu di-remind tu macam salah je. Macam Tuhan pula yang perlu diingatkan. Terangkan padanya, doa sentiasa bukan untuk di-remind. Tapi atas dasar komunikasi hamba dan pencipta.

Contohnya, kalau sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Sudah pasti sentiasa mahu berbicara, selalu mahu dengar suaranya. Begitu juga dan malah patut lebih lagi daripada itu bila kita dengan Tuhan.

Rasailul Ashwaq said...

Waktu tu ada 56 of us but nobody actually answer that question. Bila dia cakap "Perlukah kita remind tuhan..." Eya cuma tau 'tak perlu' dan 'tak perlu'tu berhenti kat situ. Malam tu asyik fikir pasal perkataan 'perlukah remind'. Bila baca:

"Doa sentiasa bukan untuk di-remind. Tapi atas dasar komunikasi hamba dan pencipta."

Eya tak tengok ke arah tu. Terima kasih ye.