Tuesday, March 9, 2010

Ujian kehidupan

MUKADIMMAH

Ujian itu adalah murabbi tanpa suara, ia sangat membentuk dan mendidik. Ujian boleh datang dalam kesusahan atau kesenangan. Ujian adalah takdir yang ALLAH tetapkan pada hambaNYA. Bukan untuk suka-suka, tetapi untuk pentarbiyahan, untuk pendidikan. Dan ada lagi maksud-maksud tertentu.

Dan ramai pula manusia yang tewas kerana tidak mampu menerima dan redha dengan ujian kesusahan. Namun, terlebih ramai yang tenggelam dalam ujian kesenangan. Puncanya, termasuklah jahil dan tidak ada husnu thiqah billah atau bersangka baik dengan ALLAH. Tidak bergantung pada ALLAH. Lalu mudah berdendam dan buruk sangka, termasuklah buruk sangka dengan ALLAH.


SEBAB-SEBAB DIDATANGI UJIAN

1. Qisas (pembalasan) kepada dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Untuk menyedarkan kita supaya kita bertaubat, dan tidak lagi lalai. Juga bertujuan untuk menghukum manusia yang berbuat dosa. Maha Pengasihnya ALLAH menghukum manusia di dunia untuk sedarkan kita supaya bertaubat. Kalau tidak sempat taubat, hukuman di akhirat berpuluh kali ganda lebih berat. Bersangka baiklah dengan ALLAH.

2. Untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

3. Memberi pahala percuma kepada orang yang bersabar. Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau marah-marah pada Allah, insyaAllah ganjarannya di syurga. Firman Allah dalam Surah Az-Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”


ALLAH SWT memberikan ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah (lebih-lebih lagi ujian kesenangan), mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?!

Ingat, saat kamu diuji, sekurangnya bersyukurlah kamu masih ada nikmat Iman dan Islam.


Kehidupan - Nazrey Johani & In-Team
Kesenangan yang datang tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan.

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa guna sesalan hanya menekan jiwa.

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya,
kesenangan yang datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan.

3 comments:

HAMBA ALLAH said...

Alhamdulillah huraian yang ringkas tapi penuh dengan input yang berguna. bertuahnya bila di uji kerana Allah masih peduli,pada kita yang sentiasa terlalai dan terleka, orang2 yang beriman dan dekat dengan Allah sebenarnya akan merasai kelainan jika tidak diuji oleh Allah, bimbang jika Allah tidak berbicara dengannya kerana tanda2 Allah berbicara dengan kita ialah Dia memberikan ujian samada kecil atau berat, zahir atau batin. Yang penting,biarlah ujian yang didatangkan mampu mendekatkan diri kita kepada Allah bukan hendak merungut keluh kesah dan gelisah tetapi kerana INGIN BERTERIMA KASIH KEPADA ALLAH KERANA MASIH MENYAYANGI KITA SEBAGAI HAMBANYA..


USOP

Rasailul Ashwaq said...

Kalau kita terlupa? Atau selalu sangat lupa... Dan takut terlupa lagi. Dan orang2 terus buat masalah sedangkan kita mati2 risau akan responds secara -ve kat dia? Dan akhirnya kesabaran itu hilang entah ke mana, dan orang2 tu masih jugak mcm tu? Dan kita yg dah kepanasan ni mula kebaraan? Dan tak tau macam mana nak kesejukan, macam mana?

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

Hurm...payah soalan tu
Tak tahu situasi sebenar...dan saya bukan orang yang paling layak untuk menjawab soalan ni...sebab tak tahu pun nak jawab apa...
Cuma pesanannya, bersabar, sangka baiklah dengan ALLAH dan banyakkan lagi kebergantungan padaNYA...
ALLAH bersama orang yang sabar...