GURU
Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan ilmu segalanya
untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Di mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah di hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara
Jalan apa pun pada akhir kehidupanmu
Guruku
budi yang di apungkan di dulang ilmu
panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
Kalau dihayati puisi karya Usman Awang di atas, kita lihat betapa besarnya jasa seorang guru. Guru ini ibarat ibu-bapa bagi anak muridnya. Malah ada anak murid yang lebih mendengar kata guru, dari kata ibu-bapa. Apa peranan guru? Ajar membaca, mengira, menulis? Itu saja? Habiskan silibus setiap subjek?
Kalau itu saja jawapannya, maka padanlah hasilnya sekarang. Lihat saja anak remaja sekarang yang sudah hilang adab moral, akhlak dan agama. Memang benar, kesalahan itu patut ditujukan kepada ibu-bapa. Tetapi adakah guru ini boleh berlepas tangan dari tanggungjawab sebagai pengajar, pendidik, pengasuh dan juga pembentuk. Di akhirat nanti, akan dipersoalkan apa yang sudah kamu buat kepada tanggungjawab kamu. Adakah kamu mengajak mereka pada Islam? Atau kamu hanya berlepas tangan, sedangkan kamu ada masa dan ruang untuk berbakti, untuk berdakwah.
Adakah dakwah ini hanya tanggungjawab dari yang bergelar ustaz/ah? Tidak. Tidak sama sekali. Guru itu bukan saja mudaris, tapi dia adalah murobbi, dia juga mursyid dan dia jua adalah mu'allim.
Ambillah contoh dari Rasulullah SAW yang kita cintai. Baginda adalah guru terbaik yang boleh dijadikan teladan. Lembut tutur kata untuk membentuk jiwa. Baik akhlaknya untuk dijadikan ikutan. Inilah acuan sebenar seorang guru. Guru yang bukan saja menyampaikan ilmu, tetapi pembentuk akhlak dan pemantap akidah.
Namun sekarang, guru ini dijadikan sebagai kerjaya untuk cari makan saja. Tiada kesedaran untuk meneruskan misi dakwah Rasulullah. Akibatnya, lahirlah anak murid yang pandai, bijaksana, tetapi imannya lemah, adabnya tak terjaga, akhlak apatah lagi. Tulisan ini bukan saja ditujukan kepada guru. Apa saja profesion yang melibatkan pengajar dan pelajar, inilah yang jadi.
Wahai pendidik, rebutlah peluang untuk mendapat ganjaran pahala yang mudah tetapi sangat bernilai di akhirat nanti. Laksanakan tanggungjawab ini. Didiklah anak muridmu agar menjadi manusia yang patuh pada suruhan ALLAH. InsyaALLAH, generasi yang dibentuk dengan Islam, pasti akan lebih baik dan maju ke hadapan.
Tulisan ini juga merupakan peringatan kepada semua dan penulis terutamanya.
5 comments:
Saya mula dengan pengalaman di Maahad Abbasiah. Saya diberitahu pelajar-pelajarnya extremely super duper lemah. Sebelum ini, dah pernah ada satu batch pergi mengajar di sana dan komen2 terhadap pelajar kebanyakannya menepati piawai super duper lemah. Saya bersedia untuk tidak mengajar tapi untuk berleter tentang masa depan. Itu yang pihak sekolah mahukan.
I was surprised that the students have high IQ. Mereka minta diajar dan sangat risau dengan SPM. Dalam kelas Math, ada seorang budak lelaki diajar step-by-step hingga tangan dia menggeletar berkata, "Kalau masuk exam, satu soalan ni sajalah yang boleh jawab." Ada budak2 perempuan di belakang yang buat soalan berikutnya exactly like what i've said on the 1st question. Saya tidak menjangkakan "hanya perlu cakap sekali" kepada mereka. Kami mengambil masa dua hari untuk fahamkan dua topik Math dan dua topik sains. I wondered what their teachers did all this time.
Bila jumpa dengan seorang ustazah ni, dia amatlah memburukkan pelajarnya sehingga menggelar perangai mereka macam 'keling'. Bila jalan di depan satu perhimpunan, cikgu tu panggil anak muridnya "Woi" disrepectly. Ada cikgu yang mintak kami mengambil alih waktu P&P kelas tingkatan 5. Ketidakhadiran cikgu2 dalam kelas adalah satu kebiasaan. Seriusnya saya rasa yang patut dimotivasikan itu bukan pelajar2 tapi cikgu2. Kalau cikgu sendiri meremehkan tugas dia, apa nak dibuat.
Tambahan~ Sekarang ni ada gelombang baru dalam pendidikan, iaitu pendekatan konstruktivisme di mana peranan guru ialah sebagai fasilitator dan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Pendekatan ini sangat baik diaplikasikan tapi patut digabungkan dengan kaedah tradisional. A teacher should teach. When a teacher does not teach, is the word teacher still relevant?
Lanjutan..huhu~ Zaman sekarang ni ialah zaman mengejar duit. Pelajar2 nak A, cikgu2 nak duit tambahan (tusyen), sekolah nak nama. The power of money. Kes kejar silibus ialah perkara biasa. Siapa yang tak habiskan silibus, silalah bersedia berjumpa pengetua. Silibus biasanya memang tak dikejar. Dan pelajar akan cover semasa tusyen. Bila peranan pusat tusyen melebihi peranan sekolah, apa signifikannya berada di sekolah~ Apa signifikannya cikgu sekolah~
Jadi setujulah dengan artikel ni ye? So, bakal-bakal cikgu ni,fikirlah dari sekarang. Cikgu yang bagaimana nak jadi nanti
Setuju tu setuju~ Tapi sesuatu yang berubah akan terus berevolusi. Title cikgu akan terus diremehkan. (Pandangan saya, sesiapa yang bertitle t0kwan dilarang berleter)
Mau komplen pasal post Ada Apa Selepas Mati. Payah nak baca. Perkataan2 nampak macam kotak2 kecik buku matematik. Perenggankanlah, t0kwan2 kat luar sana mesti tak terbaca..huhu~
Biarkanlah dia berevolusi...tapi evolusi yang dicorakkan oleh Islam...tak mustahil perkara tu...sebab Islam pernah berjaya satu masa dulu...
Ni bukan berleteaq (berleter), tapi mengingatkan,menasihatkan...agama Islam tu kan nasihat
Dah ubah dah pun, bacalah elok-elok.
Maksud saya evolusi ke arah lebih diremehkan. Saya faham apa yang kamu sampaikan walaupun ejaan kamu untuk berletiaq sangat pelik.
Post a Comment