Terasa lama benar tak menulis. Tapi, apa boleh buat. Kesibukan menguasai diri. Sehinggakan pada satu tahap terasa 'akulah orang paling sibuk di dunia'. Penat. Pening. Kadang-kadang perit. Perit nak memikirkan bagaimana nak bahagi masa dengan sebetul-betulnya.
Tapi bila kita bekerja, ikhlas kerana Allah. Kita sibuk bagaimanapun kita akan sentiasa tenang. Semua gerak kerja rasa mudah. Tapi bak kata seorang ahli sufi, keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam, terletaknya dalam gua yang dalam, di malam yang gelap gelita. Nak mencari semut hitam itu pada ketika ini adalah mustahil. Begitu juga nak menilai keikhlasan dalam diri. Ikhlas ini adalah anugerah Allah.
Jadi, apa boleh kita buat? Buat saja kerja kita. Biar sibuk. Biar tak tenang. Biar orang kata kita tak ikhlas. Biar orang lain kata kita buat kerja sia-sia. Tapi yang penting, Allah menjadi pemantau kita. Ini yang kena sentiasa ingat.
Geram juga bila orang kata, "Sudahlah kerja-kerja tu, tumpu pada akademik saja." Nak tanya sikit, semua yang kita belajar ni, berapa peratus yang dapat dipraktikkan di luar, selepas graduasi? 100%? 80%? 50%? Salah. Semua salah. Paling banyak pun 20% sahaja.
Lagi satu, berdasarkan pengalaman orang-orang lain. Banyak pelajar yang diterima bekerja tu, sebab dia dapat 3.50 ke atas ke? Tak juga. Ada je yang dapat 2.50, tapi dapat kerja. Kerja hebat-hebat pula tu. Apa kita kata? Kita kata, "Alah, diorang tu guna kabel, bolehlah."
Guna kabel tu bermaksud kita ada hubungan (connection) dengan orang yang cari kerja tu ke? Habis tu, bagaimana nak cipta hubungan dengan mereka?! Belajar dalam kelas? Buat tugasan? TIDAK. Bila kita sudah aktif, buat aktiviti itu ini. Banyak orang besar-besar (jawatan tinggi, bukan badan besar) kita kenal, kan lagi mudah nak ada kabel tu. Tak dinafikan orang yang dapat 3.50 banyak peluang pekerjaan. Tapi jaminan? Ada ke? Tak ada bukan?
Jadi, mana lagi utama? CGPA atau kabel?
1 comment:
Saya setuju dengan pendapat penulis bahawa PNGK tidak menjamin pekerjaan yang baik. Berkenaan dengan penggunaan orang dalam atau ‘kabel’ seperti yang diistilahkan, saya berpendapat penggunaan ‘orang dalam’ itu menafikan hak orang lain.
Katakan ada satu jawatan kosong di sebuah firma, dan yang memohonnya beratus-ratus pemohon. Dan di akhir cerita, saudara terpilih bagi mengisi kekosongan jawatan disebabkan oleh ‘orang dalam’. Boleh jadi, dalam kalangan beratus pemohon itu, sebahagian mereka memerlukan pekerjaan bagi menampung kos rawatan pembedahan anak yang sakit, memberi nafkah kepada anak isteri, membayar hutang dan sebagainya. Boleh jadi akibat daripada tindakan saudara ada anak salah seorang pemohon terus menanggung derita / ada anak kecil yang terpaksa menahan kelaparan / ada pelajar yang tidak mampu membayar yuran / berlakunya pertengkaran suami isteri / ada pula yang terpaksa bergelap dek tidak dapat melunaskan bil elektrik. Tidakkah saudara rasa bersalah kepada mereka?
Jika saudara berpegang kepada premis “Saya layak kerana mengenali ’orang dalam’ tersebut atas uasaha melalui aktiviti-aktiviti,” bagaimana saudara dapat memastikan bahawa pemohon lain tdak selayak saudara? Saya kira itu satu persaingan yang tidak adil.
Post a Comment