Sunday, June 7, 2009

Mad'u : Non - Muslim

Salam,

Entri kali ni ditulis untuk menjawab satu persoalan dalam blog mengenai nasihat kepada non muslim. (rujuk http://hidupdalamreda-nya.blogspot.com/)

Untuk pengetahuan, penulis mempunyai banyak (lebih dari satu dikira banyak kan?) pengalaman dengan non muslim. Izinkan penulis bercerita sedikit.

Pengalaman pertama semasa tingkatan 4 & 5 di sekolah lama. Kawan penulis ni seorang berbangsa Cina, beragama kristian (kalau tak silap). Yang ingin dikongsi di sini ialah bagaimana kawan penulis ni (kita namakan sebagai Ms A) boleh tertarik untuk mendalami dan mempelajari tentang islam. Dia berminat nak tahu pasal islam hanya kerana tertarik mendengar alunan asma ul-husna setiap malam sebelum tidur (jadi kewajiban di sekolah dulu sebelum tidur).

Memandangkan penulis sendiri dulu AJK Kerohanian (nama popular AJK Birtah), si A ni pun jumpa penulis nak tanya tentang islam. Tak dinafikan memang banyak sangat soalan-soalan yang boleh panas telinga juga bila dengar. Tapi, yang ini langkah pertama untuk bagi nasihat, jangan berdebat banyakkan mendengar. Dengar dulu apa dia nak cakap atau pendapat. Ingat dan tanam dalam kepala, semua pendapat adalah betul. Bila saja kita mula berdebat, mereka akan halang minda mereka untuk dengar kata-kata kita walau betul macam mana kita cakap sekalipun.

Selalunya, mereka ini akan membandingkan antara Muslim dengan penganut agama yang lain. Jangan melenting kalau ada perkara negatif yang dilontarkan. Adakalanya betul apa yang mereka cakap. Dengar, dengar dan dengar. Tapi jangan diam sangat, responlah sama. Cuma jangan keterlaluan. Lepas habis dia bagi pendapat, baru mula kerja kita.

Masa untuk kita pula bercakap @ bagi nasihat. Ada banyak cara. Salah satunya tanya soalan, yang ringkas tapi buat mereka berfikir. Contoh, konsep trinity dalam kristian. Bagi perumpaan seperti dua pemerintah dalam satu kerajaan. Sudah tentu banyak keputusan perlu dibuat. Yang seorang mahukan begini, yang itu mahukan begitu. Lama kelamaan huru hara jadinya. Jadikan perumpaan ini dalam bentuk soalan. Yang penting, nada suara kita. Biar bersahaja, supaya nanti dia tak tersalah sangka. Mungkin dia akan fikir kita menyindir atau mahu memerangkap.

Kemudian, perhatikan responnya. Kalau dia boleh terima dengan kata-kata kita walaupun kita mengaitkan sensitiviti agama, teruskan. Kalau tidak, kurangkan atau elakkan terus kaitkan dengan agama.

Cara kedua, kaitkan sains dan teknologi dengan islam. Sekarang dah banyak penemuan-penemuan baru dalam sains yang boleh dikaitkan dengan islam. Banyakkan membaca. Takpun, tengok Channel History (555) di Astro. Ada satu rancangan tajuknya, Science & Islam. Rancangan yang sangat menarik.


Setakat ini saja dulu, mati akal nak buat ayat. Semalaman memandu dari Perak ke Pahang.

P/S: Cuma yang perlu ditekankan lagi ialah nada suara. Jangan sampai menyakitkan hati mereka. Boleh Syidah? Menjawab soalan tak?

2 comments:

NaURah JaNNaH said...

wslm...syukran...insyaAllah...yg kadang2 naik sedih cz umat islam sekarang sendiri yg tak tunjuk akhlak yg baik terutamanya org yg disekelilingnya cz dakwah yg paling baik kpd non muslim adalah akhlak...krn sy pernah ditanya :kenapa perangai org islam ke macamtu??dia merujuk kpd kawan yg melakukan perbuatan kurang elok ,terkial2 jg nak cari idea tp mujurlah Allah bg idea masa tu...walaupun dia tidak masuk islam sekurang-kurangnya dia tidak berpandangan serong pada islam sebab hidayah milik-Nya ,....sy dah lama link ke blog anta....Artikel tazkirah buat diri tu ana minta izin nak copy...menarik...santai tp berisi...opsss pasal artikel yg panjang tu ana dlm proses nak belajar buat 'read more'...dah cuba tp x menjadi...insyaAllah pasni jadi kot...=)slm perjuangan

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

Kalau nak kata pasal akhlak muslim sekarang, memang kita kena perli saja dengan non-Muslim ni. Cuma kita kena bijak menjawab.

Contohnya, ibarat sebuah kereta Mercedes Benz dan seorang pemandu. Si pemandu ni, memandu dengan tersangat lajunya sehinggakan dia kemalangan. Jadi, yang salah itu keretanya yang tak mempunyai prestasi bagus? Atau pemandu yang cuai?

Macam tu juga dengan Islam dan penganutnya. Islam itu keretanya. Penganut Islam itu pemandunya. Yang rosak akhlak itu penganutnya, bukan agama Islam.