Hari ini, darah anak palestin tertumpah lagi. Hari ini, masih ada tangisan yang tetap mengalir. Hari ini, seorang ibu kehilangan anak. Hari ini, seorang isteri kematian suami.
Tapi hari ini, tumpahnya air mata kita. Bukan pada perjuangan Palestin. Tapi sedih meratap artis yang tersingkir dari rancangan realiti.
Tapi hari ini, ibu-ibu kita hilang anak. Bukan diterbak peluru dan bom yahudi. Tapi dengan penangan ectasy, mat rempit. Tak lupa juga yang jadi mangsa paeodiphile.
Saat kita meraikan tahun baru dengan percikan bunga api. Mereka di sana diraikan dengan hujanan bom dan peluru. Kita merenung langit dek silau kemerlipan bunga api. Mereka di sana merenung langit mengiringi roh para syuhada.
Persoalannya, mengapa ini terjadi? Rasulullah pernah bersabda “Sesungguhnya umat akhir zaman umpama buih-buih di lautan, banyak, tetapi hancur apabila dihempas ombak lantaran penyakit al-wahnu." Rentetan kewafatan Rasulullah, bermulanya era umat akhir zaman. Kerajaan khilafah Islamiyah tumbang di tangan Kamal Attartuk.
Tapi, cahaya begemerlapan kembali. Lahirnya Hassan al-Banna sebagai penyelamat agama. Namun, perjuangannya terhenti setelah dibunuh tentera Raja Farouk, orang Islam sendiri. Ini semua lantaran dunia menjadi impian kita. Al-Quran bukan lagi perlembagaan kita. Islam perlu diperbaharui lagi kerana tidak cukup moden.
Kita tak mampu bangkit mengangkat pedang seperti Abu Dujanah Simak. Kita tak mampu tangkis 'hadiah' musuh dengan tubuh seperti Qatadah bin An-Nu'ma. Nah, wahai sahabat. Nilailah sendiri di mana kita. Tatkala mulut menyebut bencikan yahudi, tapi solat lima waktu sehari pun kita masih liat. Tatkala kita bersemangat berdemo menentang kezaliman zionis, tapi kita masih bercouple, dating.
Dulunya, dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, kita dihormati, disegani dan ditakuti, sehinggakan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abu Talib, apabila berlakunya konflik dengan Muawiyyah dan ketika itu tentera Kristian cuba mengambil kesempatan, Muawiyyah mengutuskan surat kepada Maharaja Kristian tersebut; “Jangan kau tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, nescaya kau akan lihat orang yang menghukummu itu adalah Muawiyyah.” Akhirnya, tentera Kristian berundur kerana ketakutan. Nah! Kafir yang berundur kerana ketakutan inilah yang sudah memijak-mijak kita sekarang.
Yang masih menunggu masa untuk dipijak dan dilanyak, adalah kita yang terus leka dengan nikmat dunia. DOTA, CS, tak pernah puas. Yang hari ini sempat lagi ber'abang-sayang'. Yang hari ini masih lagi susah untuk mengambil wudhu dan solat. Siapa mereka ini? KITA!!!
No comments:
Post a Comment