Salam perjuangan,
Sempat juga penulis mencoret sesuatu dalam blog semasa cuti-cuti ni. Maafkan penulis kerana memang meninggalkan blog ini ketandusan entri. Bukan apa, susah nak mendapat peluang melayari internet.
Bagaimana cuti? Seronok? Sunyi pun ada? Macam mana pula yang dilanda banjir baru-baru ni? Sabarlah, bak kata P Ramlee, "cobaan...".
Bagi penulis, tanpa sokongan dari teman-teman, memang terasa lemah. Tersangat lemah. Tengoklah, sampai tajuk entri pun ditulis lemah. Bukan cuti tu yang lemah. Penulis ni yang lemah. Tak tahan godaan. Pertama sekali bab makananlah. Nafsu makan memang tiada batasan. Kuasa tanpa sempadan.
Tapi, apa-apa pun. Kita sama-samalah sentiasa perbaiki diri. Walaupun kita cuti belajar, tapi Raqib dan Atid tak pernah bercuti menemani kita. Sendiri ingatlah ye.
Hurm, terpaksa pergi dulu. Iyalah, jumpa lagi nanti. Tunggu entri seterusnya...salam
6 comments:
Salam Ziarah
Tahniah atas keberanian anda n teman2 semua. Semoga Allah merahmati n berkati usaha kita semua.
The Think Tanker
Patutlah adik dia kurus~
Salam...
Think tanker pun sama juga...
Nasihat untuk pak menteri tu kalau boleh bagi direct terus pada yang berkenaan...
Adik yang mana 1 ni?
Mestilah si kecil tu. Mana pernah tengok yang lain...
Tu bukan kurus...
Tu kecil...
Kecil yang kurus. Mesti tiap2 bulan bila pergi check up, doktor suruh tambah berat badan... kan?
Post a Comment