Monday, January 26, 2009

Rama-rama dan wanita



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Thursday, January 22, 2009

K.I.T.A

Hari ini, darah anak palestin tertumpah lagi. Hari ini, masih ada tangisan yang tetap mengalir. Hari ini, seorang ibu kehilangan anak. Hari ini, seorang isteri kematian suami.

Tapi hari ini, tumpahnya air mata kita. Bukan pada perjuangan Palestin. Tapi sedih meratap artis yang tersingkir dari rancangan realiti.


Tapi hari ini, ibu-ibu kita hilang anak. Bukan diterbak peluru dan bom yahudi. Tapi dengan penangan ectasy, mat rempit. Tak lupa juga yang jadi mangsa paeodiphile.

Saat kita meraikan tahun baru dengan percikan bunga api. Mereka di sana diraikan dengan hujanan bom dan peluru. Kita merenung langit dek silau kemerlipan bunga api. Mereka di sana merenung langit mengiringi roh para syuhada.

Persoalannya, mengapa ini terjadi? Rasulullah pernah bersabda “Sesungguhnya umat akhir zaman umpama buih-buih di lautan, banyak, tetapi hancur apabila dihempas ombak lantaran penyakit al-wahnu." Rentetan kewafatan Rasulullah, bermulanya era umat akhir zaman. Kerajaan khilafah Islamiyah tumbang di tangan Kamal Attartuk.

Tapi, cahaya begemerlapan kembali. Lahirnya Hassan al-Banna sebagai penyelamat agama. Namun, perjuangannya terhenti setelah dibunuh tentera Raja Farouk, orang Islam sendiri. Ini semua lantaran dunia menjadi impian kita. Al-Quran bukan lagi perlembagaan kita. Islam perlu diperbaharui lagi kerana tidak cukup moden.

Kita tak mampu bangkit mengangkat pedang seperti Abu Dujanah Simak. Kita tak mampu tangkis 'hadiah' musuh dengan tubuh seperti Qatadah bin An-Nu'ma. Nah, wahai sahabat. Nilailah sendiri di mana kita. Tatkala mulut menyebut bencikan yahudi, tapi solat lima waktu sehari pun kita masih liat. Tatkala kita bersemangat berdemo menentang kezaliman zionis, tapi kita masih bercouple, dating.

Dulunya, dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, kita dihormati, disegani dan ditakuti, sehinggakan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abu Talib, apabila berlakunya konflik dengan Muawiyyah dan ketika itu tentera Kristian cuba mengambil kesempatan, Muawiyyah mengutuskan surat kepada Maharaja Kristian tersebut; “Jangan kau tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, nescaya kau akan lihat orang yang menghukummu itu adalah Muawiyyah.” Akhirnya, tentera Kristian berundur kerana ketakutan. Nah! Kafir yang berundur kerana ketakutan inilah yang sudah memijak-mijak kita sekarang.

Yang masih menunggu masa untuk dipijak dan dilanyak, adalah kita yang terus leka dengan nikmat dunia. DOTA, CS, tak pernah puas. Yang hari ini sempat lagi ber'abang-sayang'. Yang hari ini masih lagi susah untuk mengambil wudhu dan solat. Siapa mereka ini? KITA!!!

Siapa pengganas?


Pendeta Yahudi 'halalkan' bunuh wanita, kanak-kanak

GAZA: Laporan sebuah akhbar Arab Saudi, Al Watan, mendedahkan pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu.

Menurut akhbar berkenaan, pendeta berkata, tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai 'hukuman besar ke atas musuh.'
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20090120235456/Article/index_html


Komen:
Bila disebut perkataan pengganas, otak kita sudah pun membayangkan seorang pemuda yang bertopeng, memegang AK-47 dan yang paling penting, pengganas itu selalunya BERAGAMA ISLAM. Cuba sebut golongan yang dicop pengganas di dunia ini yang bukan beragama Islam. Tiada bukan?

Sebenarnya inilah propaganda Yahudi, yang telah dirancang sejak dulu lagi. Supaya dapat menerapkan dalam pemikiran manusia, yang Islam itu ganas! Dan hasilnya, dewasa ini bukan sahaja orang non-muslim yang Islamophobia, malah ada juga orang Islam yang takut mengamalkan Islam. Kerana takut dicop pengganas, lalu negara diserang. Hilang kuasa dan pangkat lantaran dek penyakit al-wahan yang Nabi sudah sebut dulu.

Cuba lihat artikel akhbar di atas, paderi mereka mengganggap dibolehkan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua atas alasan balasan kepada musuh. Musuh yang digelar pengganas. Kita lihat sendiri bagaimana keadaan di Palestin. Musuh yang mereka gelar ini, rata-ratanya menggunakan batu sebagai senjata dan umur mereka di bawah 15 tahun. Ini dikatakan pengganas?

Pengganas zaman batu agaknya. Sedangkan mereka sendiri mempunyai kelengkapan perang yang canggih. Kereta kebal, jet pejuang, bom fosforus dan banyak lagi. Kelengkapan seperti ini digunakan untuk berperang dengan pengganas yang menggunakan batu? Pelik. Lawak yang tidak kelakar. Alasan yang digunakan seperti alasan seorang murid 6 tahun hendak kelentong ayahnya.

Israel pun Israellah. Memang sudah feel begitu. Yang paling menyakitkan hati, si pemimpin arab yang bergulung misai tebal. Segak berkot. Duduk pula di tempat mewah. Syurga dunia. Lepak pula dengan si anjing @ presiden yahudi. Sambil gelak bersenda gurau, mulut tak lepas dengan curut. Penulis beranggapan, inilah beruk yang menyebabkan tiada pembelaan ke atas Palestin. Beruk belaan yahudi. Si Amerika sudah jadi kuda tunggangan. Jadi, jawatan kosong untuk pemimpin Arab hanya sebagai beruk belaan yahudi. Diberi pisang sebiji dua, riuh sakan beruk-beruk ini. Esok lusa bila yahudi sudah tidak perlukan beruk untuk bereskan kerja mereka, beruk-beruk ini buat-buat manja, menggesel kepala pada yahudi supaya dikasihani. Yahudi tetap yahudi. Dah tak berguna si beruk, tembak mati saja. Beruk tua lagipun. Tak berguna.

Nak tengok bagaimana rupa beruk tua? Tengok bawah sikit...












Ha, comel tak beruk ni? Ada rasa nak bela?

Monday, January 19, 2009

Tekanan dan kelebihannya.

Pelik bukan jika dikatakan tekanan itu ada kelebihannya tersendiri. Kita sedar yang tekanan ini boleh mengakibatkan stress. Dan kita sedia maklum dari stress yang tidak terkawal akan menyebabkan tekanan jiwa. Betul kan? Tentu ramai yang tidak bersetuju bila perkataan kelebihan dikaitkan dengan tekanan. Dua perkataan yang tidak boleh ngam langsung.

Namun hakikatnya, tekanan yang berada di bawah kawalan mampu membantu kita menguruskan kehidupan seharian. Tidak setuju? Mari kita lihat kenapa penulis mengatakan sedemikian rupa.

Cuba ibaratkan dua pelajar yang mempunyai pandangan tentang tekanan yang berlainan. Seorang pelajar, andaikan pelajar A, mempunyai kehidupan seharian sebagai pelajar yang biasa. Terlalu biasa. Proses perjalanan seharian bagi pelajar A hanyalah pergi kelas, balik ke bilik, belajar, menyiapkan tugasan dan pergi ke cafe. Ya, dalam pemikiran kita pelajar A ini mesti seorang yang pintar dan keputusan akademiknya sentiasa cemerlang.

Kita andaikan pula seorang pelajar lain, pelajar B, yang mempunyai rutin harian yang sama seperti pelajar A. Tetapi yang berbeza di sini ialah pelajar B turut terlibat dalam pebagai aktiviti, terutamanya aktiviti berpersatuan. Tanggapan utama kita, pelajar B ini mestilah seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti persatuan di samping jadual pembelajaran yang padat setiap hari. Agak-agak kitalah, pelajar mana yang lebih tertekan dalam menguruskan kehidupan hariannya?

Penulis percaya ramai di antara kita bersetuju untuk mengatakan pelajar B lebih tertekan. Betul? Jawapannya, pelajar B memang sentiasa bersaing dengan tekanan. Tetapi tekanan ini yang membantu dia dalam menjalankan aktiviti persatuan dan tugas sebagai pelajar. Tekanan ini dipanggil tekanan terkawal. Berbanding pelajar A, yang turut mempunyai tekanan, tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain untuk melepaskan tekanan yang diperolehi selain hanya berkisar pada pembelajarannya. Secara tidak langsung, tekanan ini akan lebih memudaratkan dan akhirnya memakan diri. Tekanan ini dipanggil tekanan tak terkawal.

Kita kembali pada realiti. Sebagai contoh, program SAHAM baru-baru ini di pantai Balok. Penulis berpeluang menjadi salah seorang AJK Pelaksana program itu. Tipulah jika penulis mengatakan tiada tekanan dalam menguruskan aktiviti ini. Tambahan pula aktiviti yang dijalankan ini mempunyai pengurusan yang agak longgar, mungkin dari segi pengalaman AJK Pelaksana yang kurang. Namun syabas kerana telah berjaya juga mengadakan program ini. Pengalaman mendewasakan pemikiran.

Tekanan yang penulis maksudkan ketika dalam proses melaksanakan program ini terhasil dari program yang adhoc, kurang perancangan dan pengalaman, menggandakan usaha demi mengejar masa. Tetapi hasil dari tekanan ini, AJK Pelaksana dapat memotivasikan diri supaya program ini tetap dapat berjalan. Dan AJK Pelaksana telah pun membuktikan perkara ini dengan jayanya. Jadi, tekanan seperti ini dapat memberi kelebihan pada seseorang.

Kepada AJK Pelaksana program Sua Mesra SAHAM, tahniah diucapkan di atas usaha kalian, terutamanya pengarah. Jadikan program kali ini sebagai satu proses pembelajaran supaya lebih matang menguruskan aktiviti di masa hadapan.

P/S: Penulis semasa di MRSM dulu memegang jawatan sebagai MPP turut tidak terlepas dari masalah tekanan. Alhamdulillah, hasil dari pembelajaran dan pengawalan tekanan yang betul, penulis lebih selesa bekerja jika dan hanya jika ada tekanan. Ibaratnya, seperti pahat dan penukul. Tekanan adalah penukul yang sentiasa menggerakkan pahat supaya melakukan kerjanya.

Thursday, January 15, 2009

Indahnya hidayah. (part 3)

Ya Allah, jangan engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri.
Walau sekadar sekelip mata atau lebih cepat dari itu.
Amin Ya Rabbal Alamin.


Yasser mengaminkan bacaan doa oleh Haji Yusuf, imam surau Darul Iman. Orang tua yang berusia 70 tahun ini masih gagah ke surau dan mengimamkan jemaah. Haji Yusuflah yang selalu menasihati Yasser. Yang setia mendengar luahan hati Yasser.

“Pak Usop, sihat hari ini?” tanya Yasser sambil bersalaman dengan Haji Yusuf. Seribu kedutan pada wajah Haji Yusuf, namun berseri-seri dan tenang orang melihatnya.
Haji Yusuf tersenyum, “ baik saja, nak. Cuma hari ini Pak Usop penat sikit. Biasalah dah tua-tua macam ni.”
“Takpelah Pak Usop. Pak Usop balik rehat. Biar saya tutup pintu surau nanti. Saya nak bertadarus sekejap.”
“Hmm, jangan lupa tutup lampu dan kipas. Kunci surau ada di tepi sana.” Haji Yusuf menunjuk ke arah mimbar surau. Haji Yusuf sudah mengganggap Yasser sebagai anaknya. Begitu juga Yasser. Yasser sudah mengenali keluarga Haji Yusuf ketika dia belajar mengaji di rumah Haji Yusuf.
“Baik, Pak Usop. Jangan lupa kirim salam pada Makngah Kiah.”
“InsyaAllah,” jawab Haji Yusuf sambil menyarungkan sepatunya. Dia lantas berjalan pulang menuju ke rumah. Makngah Kiah ialah isteri kepada Haji Yusuf. Mereka dikurniakan tiga orang anak, seorang perempuan dan dua orang lelaki. Anak perempuan mereka, Siti Hawa melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak dalam jurusan Syariah. Kedua-dua anak lelaki Haji Yusuf dan Makngah Kiah telah meninggal dunia dua tahun lepas dalam kemalangan jalan raya. Kerana itulah mereka amat sayang pada Yasser yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Lagipun rumah Yasser dan Haji Yusuf tidaklah begitu jauh. Hanya dipisahkan oleh dua blok rumah sahaja. Yasser selalu berkunjung ke rumah Haji Yusuf dan Makngah Kiah. Itupun jika Siti Hawa sedang berada di UIA. Biasanya sebulan sekali Siti Hawa akan pulang ke rumah.
Seingat Yasser, hanya sekali dia bertemu Siti Hawa di rumah Haji Yusuf, ketika Yasser diminta Haji Yusuf untuk membantu membaiki paip air yang bocor di rumahnya. Siti Hawa tidaklah begitu cantik jika hendak dibandingkan dengan GRO ROX yang pernah Yasser temui. Namun, wajah Siti Hawa itu kelihatan berseri-seri dan sentiasa dihiasi dengan nur ketakwaan. Apabila bersama dengan lelaki yang bukan ajnabi, Siti Hawa tetap menjaga batas pergaulan. Inilah hasil didikan yang sempurna mengikut acuan Islam yang sebenar oleh ayahnya, Haji Yusuf.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Yasser, sekarang kami semua dah berkumpul di rumah kau. Apa hal sebenarnya ni?” tanya Fayreez sambil duduk bersila panggung di atas sofa kuning. Di sebelahnya terdapat empat orang lelaki. Ternyata mereka berkumpul di rumah ini atas arahan Yasser.
“Baiklah semua. Aku panggil semua ke mari sebab aku dah fikirkan satu cara untuk bangkitkan semula Street 69” lantas Yasser menerangkan segala rancangan dan strategi untuk mencapai misinya.
Lelaki yang berada di sebelah kiri Fayreez, menganggukkan kepala beberapa kali menandakan dia faham dengan penerangan Yasser. Lelaki yang mempunyai tanda di bahagian muka ini bernama Dean. Seterusnya, dia menoleh kepada rakannya yang berkumis tebal, Rafael. Lelaki ini kelihatan agak selekeh berbanding yang lain disebabkan mempunyai kumis yang tebal.
Di hadapan mereka pula, Eyrull dan Eyuanie, adik beradik kembar yang mempunyai nasib seperti Yasser satu ketika dulu. Mereka berdua adalah yang paling muda di kalangan lelaki-lelaki tadi.
Mereka mendengar kata-kata Yasser dengan khusyuk.
“Bagus, aku setuju betul dengan rancangan kau. Aku baru nak mencadangkan perkara yang serupa,” reaksi Fayreez setelah selesai Yasser berkata-kata.
“Kau semuanya sama.” Kata Yasser diikuti dengan deraian tawa. Malam itu mereka berpesta.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Patutkah mereka menyangka bahawa , mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)” (Al-Ankabut:2)

Penjelasan yang terang dan nyata dalam Quran untuk menjawab segala persoalan. Yasser kini sedar, apa yang terjadi pada dia dan keluarganya dulu adalah salah satu ujian untuk menguji imannya. Ujian itu juga menunjukkan bahawa Allah memandang dia, hamba yang tidak pernah bersyukur padaNya. Dan dia gagal dalam ujian itu.
“Masih adakah peluang untukku mendapat perhatian dariMu,” getus Yasser. Fikirannya dibiarkan menerawang entah ke mana. Selepas selesai membaca al-Quran di surau tadi, dia tidak bergegas pulang. Dia beriktikaf di surau. Hatinya tenang di situ.
Yasser bersandar pada dinding, menghadap jam antik yang berada di hadapannya. Entah kenapa pagi itu terasa begitu hening. Terasa kosong. Sekosong hatinya. Yasser melunjurkan kaki. Diurut perlahan kakinya itu untuk menghilangkan kebas. Dia menghela nafas panjang. Pada wajah Yasser, terlukis sejuta kedukaan. Peristiwa pahit yang dilaluinya, menjadikan dia tampak lebih tua dari umur sebenar.
Yasser tersedar dari lamunan apabila namanya dipanggil. Terdengar sayup-sayup suara itu. Dia cukup kenal suara itu. Suara yang menemani Yasser ketika kesunyian. Yang menghadirkan keriangan. Dia tersenyum.
“Abang Yasser,” suara kecil itu memanggil.
“Itai, abang ada dalam surau ni,” balas Yasser separuh menjerit.
Itai berlari-lari mendapatkan Yasser dengan termengah-mengah. Itai yang baru berumur lima tahun itu menarik nafas panjang untuk menghilangkan lelah. Yasser tersenyum lagi. Didudukkan Itai ke sebelah tubuhnya.
Itai ialah anak kepada jiran sebelah rumah Yasser, Ramli. Selain Pak Yusuf, Ramli juga hanya satu-satunya kenalan yang sanggup membantu Yasser.
“Kenapa Itai cari abang?”
“Ada orang cari abang di rumah tadi. Itai tengok macam orang jahat. Itai cakap, Itai tak tahu abang pergi mana,” jawab Itai, pelat.
“Orang jahat? Macam mana Itai tahu orang tu jahat ke baik? Itai tanya dia ke?” tanya Yasser hampir tergelak.
“Sebab Itai tengok muka dia ada parut. Tangan dia ada gambar ular.”
Yasser tersentak dengan kata-kata Itai. Dia kenal benar dengan orang tersebut. Tambahan pula pada tangan orang itu terdapat gambar ular. Tatu ular, kumpulan Street 69.
Tangan Yasser menggeletar. Peluh dingin mula merecik di dahi. Serta merta ia terdiam seribu bahasa. Dalam kepalanya bermain pelbagai andaian.
Siapa yang cari aku? Macam mana diorang tahu aku di sini?
Itai sedar perubahan riak wajah Yasser. “Kenapa abang diam? Abang pinjam duit ah long ye?” gurau Itai.
Yasser tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat. Dia terpaksa tersenyum untuk meredakan gelora di hatinya. Ya Allah, bala apa pula nak datang pada aku. Lindungilah aku, Ya Allah. (bersambung...)

Tuesday, January 13, 2009

Penatnya...



Sejak bermulanya semester 1 sehinggalah sekarang, penulis penuh dengan aktiviti berpersatuan. Setiap malam ada perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya. Baru-baru ini juga, penulis dan semua ahli Imtiyaz dijemput untuk mengadakan persembahan. Sempena menyambut pelajar baru dari luar negara.

Yang payahnya, setiap malam penulis sukar tidur (imsomnia agaknya). Itu yang menyebabkan semakin hari semakin memenatkan. Tiada rehat yang cukup. Tazkirah maghrib tadi yang disampaikan oleh akh Tarmizi juga menyebutkan tentang perlunya rehat. Tapi persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah, bagaimana mahu berehat kalau tidur malam pun susah (tapi siang mengantuk memanjang).

Mungkin sesetengah orang mengatakan begini, "Tiap-tiap hari je mengantuk. Jaga anak ke malam-malam?"
Atau mungkin begini, "Itulah main game saja kerjanya. Malam untuk tidur tapi main game. Siang-siang dah mengantuk."

Bagi yang tidak memahami situasi sebenar, inilah pendapat mereka. Tapi, pernah mereka bertanya tentang sebab atau punca masalah ini? Tidak pernah rasanya. Yang mereka tahu main cakap belakang sahaja. Bukankah kita sedar perbuatan ini yakni mengumpat adalah salah satu dosa-dosa besar. Apatah lagi jika perkara yang diumpat itu tidak benar, ini sudah menjadi fitnah. Yang menyebarkan sudah cukup azab untuk diseksakan dalam neraka, apatah lagi yang mengadakan fitnah tersebut.

Tujuan penulis bukanlah mahu membela diri tapi cuma sedih dengan cara orang kita memandang masalah orang lain dengan sebegitu rupa. Bukan mahu membantu, malah lagi mahu menyusahkan. Tiba-tiba saja, terdengar cakap-cakap orang yang bukan-bukan. Memang ada orang bilang, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Tapi bagaimana pula kalau ada orang yang menggoyangkannya dari bawah?!

Akhir kalam, BERTANYALAH. Tidak susah pun!!!

Friday, January 9, 2009

Nazal: Perlawanan Bunuh 30 Serdadu Israel dan Lukai 100 Lainnya

Damaskus – Infopalestina: Anggota Biro Politik Gerakan Hamas, Muhammad Nazal menegaskan pejuang perlawanan Palestina di Jalur Gaza berhasil membunuh dan melukai lebih 130 serdadu Israel dalam 5 hari terakhir.

Dalam pernyataan kepada televisi Palestina “al Aqsha”, Rabu (07/01), Nazal mengatakan, “Sejak dimulai agresi darat Israel ke Jalur Gaza lebih dari 30 serdadu dan komandan pasukan khusus Israel tewas dan lebih dari seratus lainnya terluka termasuk komandan pasukan khusus “Golani”.”

Nazal mengisyaratkan angka besar jumlah korban tewas dan terluka di pihak militer Israel yang mencapai lebih 130 antara tewas dan terluka, merupakan angka tertinggi. Baik dari sisi waktu mapun kemampuan perlawanan dibandingkan dengan kemampuan musuh.

Petinggi Hamas ini mengingatkan, “Setelah lewat beberapa hari agresi Israel ke Jalur Gaza, bisa saya katakana bahwa perlawanan merealisasikan capaian lapangan yang besar. Perlawanan telah menggagalkan semua target yang diumumkan musuh.”

Dalam pada itu, militer Israel secara resmi hanya mengakui 9 serdadunya tewas dan lebih 120 lainnya luka-luka. Meski demikian militer Israel memperketat liputan media atas penyebutan korban tewas dan terluka yang sebenarnya di pihak militer Israel . (seto)