Sunday, July 5, 2009

Melayu yang layu.

Kenapa manusia selalu tidak berpuas hati?

Tak puas hati kalau orang lain berjaya, sedangkan kita tidak.
Tak puas hati kalau orang lain bercinta, sedangkan diri kesepian.
Dan macam-macam lagi tak puas hati.

Seorang manusia, tak kira yang kaya, yang miskin, tua, muda, semua tak akan pernah puas dengan apa yang ada. Si miskin, yang mahukan kekayaan. Bila saja ia dapat kekayaan itu, dia akan tetap tidak berpuas hati. Sebabnya, bila dia kaya, ada lagi yang mahu dicapainya, ada lagi yang mahu dikejarnya.

Atas sebab inilah malaikat bertanya kepada Allah semasa Allah mahu menciptakan manusia. Kata malaikat, manusia akan menghuru-harakan dunia. Buat kekacauan. Tetapi Allah maha mengetahui. Allah tahu apa, kenapa, bagaimana dan segala macam persoalan lagi.

Sebenanya sikap ini ada pro dan kontranya. Seseorang manusia, apabila meletakkan sikap ini betul pada tempatnya, pasti akan mendatangkan kebaikan kepadanya. Sebagai contoh, kita mempunyai seorang rakan sebilik yang cemerlang dalam akademik, sukan mahupun persatuan. Orang serba boleh. Lalu kita rasa tak berpuas hati.

Orang yang bijaksana, akan membuatkan ketidakpuasan hati ini sebagai satu penggerak untuk dirinya lebih berusaha maju ke depan. Orang yang bijak juga, akan menjadikan ini sebagai satu persaingan sihat. Itu sifat orang yang berjaya dan mahukan kejayaan.

Tetapi, realiti masyarakat kita sekarang, Melayu Muslim khususnya, sudah bersikap zalim. Dengan meletakkan sikap ini sebagai satu asbab kepada penyakit PHD (Perasaan Hasad Dengki). Cuba lihat saja sandiwara ketika ini, si A baru saja membuka kedai runcit. Tak sampai sebulan berniaga, sudah ditaburkan tanah kubur depan pintu kedai. Ilmu untuk melingkup perniagaan oranglah tu. Sudahlah dengki, guna pula sihir dan macam-macam lagi. Mana ada kaum lain buat sebegini. Tak pernah lagi sampai ke telinga penulis. Kalau ada pun, boleh bilang dengan jari.

Teringat satu kisah, di sebuah pasar malam. Ada seorang tauke menjual ketam. Ada dua jenis ketam yang dijual. Satu jenis ketam, dibiarkan tak berikat. Tapi ketam tersebut tak bergerak langsung. Diam. Ketam tak bermaya. Satu jenis lagi, diikat. Walaupun diikat, ketam tersebut masih bergerak-gerak cuba untuk melepaskan diri. Bila ditanya tentang ketam-ketam tu, tauke tu jawab, yang diikat tu ketam cina, yang tak diikat ketam melayu.

Fuh, tak sangka ketam pun ada kaum dia juga. Nak tahu kenapa tauke tu cakap begitu.
Sebabnya, ketam cina bila dilepaskan dari ikatan, cepat saja ketam tu melarikan diri. Walaupun duduk dalam besen yang besar, ketam tu saling tolak ketam di atasnya supaya lebih senang nak lepaskan diri. Dan bila ketam di atas sudah berjaya, ditolong pula ketam yang bawah. Tak sampai 10 minit, sekejap saja ketam sudap dapat lari.

Berbeza dengan ketam melayu, tak perlu diikat. Sebabnya, bila seekor nak melarikan diri dan berjaya melepasi besen, ketam di bawah akan tarik supaya ketam di atas jatuh kembali dalam besen. Berulang-ulang kali. Sehinggalah akhir sekali semua ketam kepenatan, dan tiada seekor pun yang berjaya lepaskan diri.

Bagaimana sahabat? Ini baru seorang tauke pasar malam yang membandingkan melayu dan cina. Belum lagi orang lain. Yang lebih berpendidikan. Lebih berilmu. Agaknya lebih panas telinga lagi bila dengar perbandingan tersebut.

Tapi kenapa kita nak melenting? Salahkah apa yang mereka cakap? Buktikan perkara itu salah. Tapi, mana buktinya? Dan akhirnya tinggallah kita kaum melayu yang semakin layu di tanah air sendiri.

Penulis bukan cuba membangkitkan isu perkauman. Tetapi penulis mahu ingatkan, sejarah melayu sudah melembarkan yang melayu hebat kerana Islam. Melayu terkenal keran Islam. Melayu tanpa Islam akan tetap layu dan semakin layu.

2 comments:

Rasailul Ashwaq said...

Nak kena jalankan pemerhatian ke atas ketam Melayu ni. Ketam pun pun berdengki ye.

Kaum Cina memang saling membantu antara satu sama lain tapi mereka juga tidak pilih bangsa. Kawan-kawan Cina saya suka bertukar-tukar jawapan untuk soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan bincang jawapan mana yang mantap. Walaupun kadang-kadang hanya seorang dari beberapa orang berjaya dapat jawapan, yang seorang tu akan terangkan sampai semuanya faham dan akan bergurau ke arah mengingatkan apa yang dibincangkan.

Syaratnya cuma satu, semua kena berusaha mencari jawapan, bukan menunggu jawapan. Dalam kalangan masyarakat Cina, tidak ada persaingan siapa yang paling hebat, tapi mereka lebih kepada semua kena hebat.

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

Peter tertarik dengan ayat terakhir fiddarbi Yasir ni, tiada yang paling hebat tapi semua kena hebat.