Tuesday, November 18, 2008

Gurauan atau kutukan?!


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Kelakar, gurau senda, jenaka atau lawak adalah perbuatan, kata-kata untuk menggembirakan atau membuat orang lain geli hati. Rasulullah SAW juga berjenaka kepada kaum keluarga dan sahabat handai baginda. Tapi tahukah kita, bergurau juga ada adab-adabnya? Ataupun sudah tahu, tapi buat-buat tak tahu. Sebab adab-adab yang telah digariskan tidak menepati cita rasa kita.

Teringat gurauan Nabi Muhammad saw yang dikasihi bersama sahabat dan menantu baginda , Saidina Ali ra. ketika baginda dan saidina Ali bersama-sama makan tamar, Saidina Ali letak biji tamar dihadapan Nabi dan kata banyaknya Nabi makan, tapi Rasulullah saw jawab (lebih kurang camni lah...). "Kamu makan lagi banyak sampai biji tamar pun dimakan." Nabi junjungan kita tidak pernah ketawa terbahak-bahak pun, baginda cuma senyum hingga menampakkan giginya sahaja.

Antara adab-adab bergurau yang telah digariskan dalam Islam:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Sedar tak sedar, banyak perkara yang telah kita langgar. Perkara pokok dalam bergurau adalah mengetahui apa tujuan guraun tersebut. Mungkin tujuannya adalah untuk mengeratkan kemesraan antara sahabat/iah. Tapi ingat! Gurauan juga boleh membawa persengketaan. Mungkin di depan kita, sahabat itu masih bermanis muka dengan senyuman. Tapi dalam hatinya, siapa yang tahu?!


Dan gurauan ini juga bukanlah satu keperluan dalam pergaulan. Nabi kita sudah berpesan, "Orang yang banyak menangis di akhirat kelak adalah orang yang banyak ketawa di dunia."
Pelbagai banyak lagi perkara yang boleh dibuat untuk mengeratkan hubungan. Carilah yang berseusaian. Jangan sampai gurau hingga bergaduh.

No comments: