Tuesday, November 11, 2008

Wanita, terdesakkah kamu?

Pernah tak terbayang, ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan? Kandungan yang diusung ke mana saja tidak dianggap sebagai beban, malah dibelai lagi. Ditambah pula dengan kesakitan semasa hendak melahirkan kita. Sakit yang kedua ter'sakit' selepas sakit menghadapi sakaratulmaut, melahirkan anak.

Syurga di telapak kaki ibu.


Ayah pula, yang berhempas pulas cari rezeki. Siang dan malam rela berkorban. Tidak kira penat lelah sendiri, semuanya untuk keselesaan kita. Kadang-kadang semput datang bertamu, tetapi diendahkan saja.

Tiada sebab bagi seorang anak membenci ayahnya.


Siapa-siapapun kita, di mana-mana pun kita, semuanya adalah kerana jasa ibu bapa kita. Tanpa pengorbanan mereka, hidupkah kita? Tanpa titik peluh mereka, bernilaikah kita sekarang?

"Jangan ganggu, saya nak ikut laki." Tajuk berita yang keluar di Metro semalam.
(http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081110095025/Article/index_html). Inilah realiti kehidupan masyarakat kita sekarang. Cerita sebegini dianggap sudah basi untuk dimuatkan dalam akhbar. Sebab apa? Sebab hari-hari berita yang sama dilonggokan pada kita. Anak perempuan lari ikut teman lelaki, cinta konon. Akhbar keesokan harinya, berita yang sama lagi dihadapkan.

Tak pernah pula dengar anak lelaki lari rumah ikut teman wanita. Bukan mahu membezakan atau mengangkat mana-mana golongan. Tapi ini ialah realiti..!! Semakin hari sikap manusia semakin pelik, semakin jelik angkara jauhnya kita dari Al-Quran dan Sunnah.

Sewaktu pulang ke kampung baru-baru ini, rumah opah penulis didatangi seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 50-an, agaknya. Kunjungan beliau dengan menunjukkan sekeping gambar seorang gadis muda pada kami sekeluarga, sambil bertanya, "Pernah nampak tak orang dalam gambar ni? Anak pakcik ni. Dah seminggu tak balik rumah."
Pada wajah orang tua itu, penulis mendapati ada satu harapan pada kami semua yang kami pernah melihat anaknya. Pandangan matanya redup. "Minta maaflah pakcik, kami pun bukan orang sini. Memang tak pernah nampak langsung." jawab penulis setelah meneliti gambar yang diberi.
Setelah mendengar jawapan itu, terlukis kehampaan yang jelas pada wajah orang tua itu. Matanya mula berkaca, menahan tangis. Dalam hatinya hanya ingin mencari anaknya, bukan mencari simpati, fikir penulis.
"Tak mengapalah, nak. Terima kasih membantu. Doa-doalah pakcik jumpa dia ye."
"InsyaAllah, pakcik." Penulis tak sanggup meneruskan dialog dengan orang tua tadi. Dalam hati penulis berperang dengan perasaan sedih, marah, kecewa. "Agaknya macam mana perasaan orang tua tu, aku pun rasa begini," getus hati penulis.

Cerita di atas tadi bukan skrip sebuah drama atau filem atau cerpen. Tapi hakikat sebenar sebuah kehidupan, yang semakin merapu dan entah apa-apa!!

Penulis cuba membayangkan situasi tadi pada keluarga sendiri, Ya Allah tak sanggupnya nak buat begitu. Tergamak gadis tadi. Bukan hanya sudah menconteng arang, ini sehingga tahap menghancur-remukkan hati ayahnya sendiri. Ish, binatang sungguh. Geram betul. Walaupun bukan kena-mengena dengan penulis, tapi bila penulis terbayang wajah sugul orang tua itu, hati siapa tak terbakar. Tambahan pula, di waktu umat Islam merayakan Aidulfitri, si gadis tadi tergedik-gedik lari dari rumah mengikut teman lelakinya.

Persoalannya, siapa perlu disalahkan? Ibubapa? Teman lelaki? Gadis itu sendiri? Salah sama sekali! Persoalannya bukan pada siapa perlu dituding jari untuk melontarkan kesalahan-kesalahan tadi. Persoalannya ialah APA PERANAN KITA SEMUA?!

Ya akhi, ya ukhti, ada komen?

P/s: Minta maaf sekiranya tajuk artikel agak keterlaluan. Tidak bermaksud untuk menjatuhkan wanita.

4 comments:

HAMBA ALLAH said...

emm tidak adil rasanya nak menghukum siapa yang bersalah,kadang2 kita pernah jumpa anak ustaz pon bleh buat perkara yang tak elok,banarlah kata raihan iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..namun ku juga terfikir selagi undang2 islam tidak ditegakkan dalam masyarakat selagi itulah jenayah akan berlaku...wallahua'lam

Mohamad Noradli Bin Hashim said...

betui3....(upin & ipin)
tp artikel ni xmenghukum pn mne2 pihak...
cme timbulkan persoalan...
pe peranan kita semua dlm hal ni??

m Hazmi said...

peranan kita ek??
mmm...bg sy la kan peranan kita adalah kena saling memperingati antara 1 sme lain..kl kita lihat shbt kita 2 hanyut(xkira wnita @ laki) cpt2 kita tegur..
jgn smpai dah jd bubur br nk betulkan..
itulah erti sbnr ukhwah..

p/s:kl encik bidah nk sy komen lbh lg jmpe sy personal ye..hihi

monera said...

yea, i agree with candidate A (mustaqim al-qardhawi).
for me,this is not about men or female's case(ooppss.. maaf, sy bkn perjuangkan kejantinaan, i'm not SIS yeah).
yes, iman x dpt diwarisi..
kdg2 ayah wara'; anak pula rock..
ade pula, ayahnya rock, anak pula wara'.

klu si lelaki x mula, si prmpuan x ikut. bgtulh sbliknya. is it? kalu tepuk sblah tgn, xbbunyi lh,kn? kalu sblh tgn ditepuk pd dinding, yea i guess it make some sound haa.. =)
(jd, bhati2)

maka, ia berbalik pada persoalan malu. Hilang malu, something wrong some where pada iman kite. bukankah iman manusia naik&turun? and i totally agree with candidate C (sirruloasis). our iman is not static. Up & down. well yeah, we need support.And, whom? our friends yeah.
owh, excuse me, not support 2 do mungkar.
Remind ourselves n others. Coz winner also need support haa..?

if u made mistake, its ok to blame urself, coz u have KESEDARAN. but don't blame and forget to stand up again.. Coz, the every step on the path we gone through, thats make people more matured, as ALLAH will..

sorry yeah for a bit longger. ouuch..Not a bit.. but seems like an entry in a comment.
peace no war =)