Sunday, November 9, 2008

Merdeka.

Hmm, tinggal lagi dua paper untuk final sem 3 ni. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal pun sudah. Dan kebanyakan dari pelajar UMP sendiri sudah selesai peperiksaan akhir mereka. Ya, sudah merdeka kata mereka. Sebenarnya tujuan penulis mengisi blog dengan artikel ini adalah kerana merasa pelik (mungkin jelik...) dengan sikap segelintir dari kita, yang mana ibadahnya pun merdeka juga selepas exam!!

Kalau dilihat di masjid UMP, waktu menjelangnya peperiksaan memang ramai jemaah. Bagus, memang bagus. Semakin kita tertekan dengan pelajaran dan exam, elok juga release tension di masjid. Daripada tenangkan fikiran di tempat yang tidak sepatutnya. (Baru-baru ini juga kecoh di UMP tentang pelajar yang sudah berani mengunjungi kelab-kelab malam, dengan tujuan untuk release tension )

Pada Allah lah tempat kita mengadu tentang bebanan kita. Pada Allah juga tempat kita meminta untuk diberikan kejayaan dalam menjawab peperiksaan.

Apa-apa pun yang penting ialah ibadah kita bukan setakat masa mahu menghadapi exam sahaja. Ini tidak. Selepas habis periksa, MERDEKA! Itu juga yang dilaungkan (sebenarnya zaman penulis masa sekolah dulu pun laung merdeka juga lepas exam...hehe). Merdeka dari segala bebanan exam itu, betullah. Tapi selesai exam, kita tak perlu meminta pada Allah lagi ke?! Kita tak perlu hidup di bumi Allah lagi ke?!

Bukanlah semua dari kita yang macam tu fe'elnya. Tapi hakikatnya lagi ramai orang yang sebegitu. Penulis dulu ada seorang kawan, yang mana sebelum exam memang cukup jaga. Cukup jaga dari segi makanan, pandangan, memang Ustaz betul dia ni. Tapi masa sebelum exam ajelah. Lepas exam, cerita-cerita yang ehem2 itu ditengok juga. Marah betul penulis dengan sikap kemunafikannya itu.

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? (Al-Mukminun: 115)

Antara faktor utama yang menyumbang kepada perkara ini ialah kita kurang merasa kebergantungan pada Allah. Bagi segelintir golongan ini, dia hanya bergantung pada Allah ketika dia susah. Ketika dia memerlukan sokongan. Ketika dia memerlukan ketenangan. Padahal segala gerak geri dia dengan izin Allah jua. Termasuklah nafas, fikiran dan hati.

Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang di dalam hati kamu atau kemu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (Al-Baqarah: 284)

Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan baik sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. Dan sesiapa yang berbuat jahat sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. (Al-Zalzalah: 7-8)

Harapannya adalah supaya kita semua ni sedar diri sikit. Yang memberi rezeki, yang melindungi dan yang mengizinkan kita masih mampu menyedut oksigen adalah Allah SWT. Jadi, siapa yang rasa mahu memerdekakan ibadahnya, antara perkara yang perlu dinilai:
  1. Jangan makan dari rezeki Allah.
  2. Jangan hidup di bumi ciptaan Allah.
  3. Jangan langsung mengecapi nikmat Allah.
Semoga kita sentiasa istiqamah dan istimroriyah dalam ibadah. ALLAHUAKBAR!!



No comments: