Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru

Ya akhi wa uhkti...kaifa ha luk?

Minta maaf kerana sudah lama penulis tidak menghantar pos dalam blog ini. Maklumlah, orang bercuti. Di kampung mana ada internet. Nak pergi Cc yang 15 minit jauhnya dari rumah pun rasa berat. Tapi setelah masuk sem baru di UMP ini, barulah penulis berpeluang manfaatkan internet sepenuhnya dengan menghasilkan artikel ini.

Baru-baru ini, kita telah pun menyambut tahun baru Hijrah & Masihi. Jadi, tidaklah penulis rasa terlalu lewat untuk mengucapkan salam maal hijrah & selamat tahun baru. Semoga iman & ilmu kita bertambah. Mana yang bernasib baik tahun lepas, insyaAllah kekalkan prestasi anda hingga ke tahun ini dan seterusnya. Mana yang kurang bernasib baik, tingkatkan lagi usaha & banyakkan kebergantungan kepada Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang tentukan.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengupas tentang dua sambutan yang berbeza dan cara orang kita khususnya remaja meraikan sambutan ini melalui pemerhatian penulis. Tanggal 1 Muharram 1430 bersamaan 29 Januari 2008, kita sambut Tahun Baru Hijrah dan 1 Januari 2009 kita sambut Tahun Baru Masihi. Dua tarikh yang dekat-dekat saja. Tapi perbezaannya terlalu ketara. Dari segi kemeriahannya, sambutannya dan banyak lagi.

Malam tahun baru (countdown), penulis berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana remaja-remaja di Kuantan meraikan malam tersebut. Memang meriah sungguh. Boleh dikatakan jalan sesak dengan kereta dan motosikal sampai ke pagi. Sehingga pukul 4.30 pagi, ada lagi kenderaan yang keluar masuk ke Kuantan. Ada yang datang secara berjemaah, beramai-ramai. Tidak ketinggalan juga yang berpasangan, juga turut serta. Meraikan new year bersama orang tersayang, kononnya.
Pelbagai ragam dan macam-macam jenis pakaian boleh lihat pada malam itu. Orang kata dress up. Toleh kiri pandang mat rempit, toleh kanan budak punk. Depan pula ada yang tergedik-dedik menari shuffle. Tengok belakang ada belangkas pula.

Beralih pula pada malam 1 Muharram 1430. Sambutan paling meriah pun di masjid, agaknya. Jarang atau susah sekali nak tengok anak remaja yang berkumpul meraikannya. Yang ada mungkin orang-orang tua. Itu hakikat di negara kita. Bagi tempat kita ini, alhamdulillah, masih ramai yang ada kesedaran.

Apa-apa pun, kita perlu sedar dan ambil cakna tentang perkara ini. Sambutan tahun baru ini juga banyak implikasinya. Bila remaja merewang sampai ke pagi. Apa aktiviti mereka, wallahu'alam. Esok pagi MPK kutiplah sisa-sisa sambutan tahun baru. Silap-silap, sampai bersepah kondom yang sudah diguna. Kalau tak percaya, cubalah risik pada tukang kutip sampah MPK itu.

Motif artikel ini? Saja penulis mahu menyatakan hipotesis awal dari pemerhatian yang dibuat. Pemboleh ubah pun sudah diperoleh. Nyata, kesimpulan dan tindakan lanjut terserah pada yang bertanggungjawab. Kita? Kita sebagai pelajar, tanamkan impian selepas tamat belajar, kita ubah semua ini. InsyaAllah.

P/s: Baguihla kalo deme nak jemput Michael Jackson tu ke maghi. Boleh bagi sedor budak-budak muda sekaghang ni. Doh kate nak ngikut omputih sangat, cubela ambil contoh yang baguih2 skit. Jangan lupa jemput sekali Steven Kucing tu ye.

No comments: