Tuesday, January 13, 2009

Penatnya...



Sejak bermulanya semester 1 sehinggalah sekarang, penulis penuh dengan aktiviti berpersatuan. Setiap malam ada perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya. Baru-baru ini juga, penulis dan semua ahli Imtiyaz dijemput untuk mengadakan persembahan. Sempena menyambut pelajar baru dari luar negara.

Yang payahnya, setiap malam penulis sukar tidur (imsomnia agaknya). Itu yang menyebabkan semakin hari semakin memenatkan. Tiada rehat yang cukup. Tazkirah maghrib tadi yang disampaikan oleh akh Tarmizi juga menyebutkan tentang perlunya rehat. Tapi persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah, bagaimana mahu berehat kalau tidur malam pun susah (tapi siang mengantuk memanjang).

Mungkin sesetengah orang mengatakan begini, "Tiap-tiap hari je mengantuk. Jaga anak ke malam-malam?"
Atau mungkin begini, "Itulah main game saja kerjanya. Malam untuk tidur tapi main game. Siang-siang dah mengantuk."

Bagi yang tidak memahami situasi sebenar, inilah pendapat mereka. Tapi, pernah mereka bertanya tentang sebab atau punca masalah ini? Tidak pernah rasanya. Yang mereka tahu main cakap belakang sahaja. Bukankah kita sedar perbuatan ini yakni mengumpat adalah salah satu dosa-dosa besar. Apatah lagi jika perkara yang diumpat itu tidak benar, ini sudah menjadi fitnah. Yang menyebarkan sudah cukup azab untuk diseksakan dalam neraka, apatah lagi yang mengadakan fitnah tersebut.

Tujuan penulis bukanlah mahu membela diri tapi cuma sedih dengan cara orang kita memandang masalah orang lain dengan sebegitu rupa. Bukan mahu membantu, malah lagi mahu menyusahkan. Tiba-tiba saja, terdengar cakap-cakap orang yang bukan-bukan. Memang ada orang bilang, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Tapi bagaimana pula kalau ada orang yang menggoyangkannya dari bawah?!

Akhir kalam, BERTANYALAH. Tidak susah pun!!!

1 comment:

Rasailul Ashwaq said...

Ya... Tujuan penulis bukanlah nak bela diri sendiri tapi nak pr0mote adik kecik..huhu~