Thursday, January 8, 2009

Indahnya hidayah.

Chapter 1

Air matanya menitis lagi. Mengalir di pipi yang lesu lalu membasahi janggutnya. Lembaran al-Quran itu diselak lagi. Ayat demi ayat dibaca. Dan semakin dibaca, semakin gentar dan luluh hati itu. Terasa hinanya diri.
“Janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Luqman : 18)
Ya Allah, aku begitu angkuh dan sombong sebelum ini. Aku merasakan aku yang paling berkuasa. Seketika aku merasa tiada bertuhan. Kini hambaMu ini tunduk, sujud padaMu. Memohon keampunan atas segala keterlanjuran. Terimalah taubatku, ya Allah. Dan janganlah Kau biarkan aku kembali ke jalan yang lalu.
Yasser menyeka air mata yang tumpah di pipinya. Hatinya betul-betul mengharapkan keredhaan dan keampunan dari Allah. Dia sedar, selama 24 tahun dia hidup di dunia ini, tiada langsung bekal yang dibuat untuk persediaan ke alam ukhrawi. Dirinya dipenuhi dengan dosa. Dosa dengan Tuhannya, dosa dengan manusia sekelilingnya. Seketika, kenangan pahit di zaman lalu berputar ligat di benak fikirannya. Satu demi satu perbuatan jahat yang dia lakukan sebelum ini menambahkan ketakutan pada Yasser.
“Yasser, lepas ni kita ke Rox” ajak Fayreez, teman baik Yasser, ketika mereka baru selesai pulang dari menonton konsert Muse. Rox adalah kelab malam yang menjadi tempat lepak Yasser dan Fayreez. Mereka bekerja dengan tauke kelab malam tersebut.
“Aku ok je. Ajak Dean dan Rafael sekali”
“Kau tunggu je di rumah. Nanti aku datang. Jangan lupa, kita ada ‘lauk’ baru malam ni”
Yasser hanya mengangguk. Sebenarnya dia betul tiada mood malam ni, tapi memandangkan Fayreez begitu bersemangat. Tidak sampai hati pula menghampakan ajakan kawannya itu.
‘Lauk’ yang Fayreez maksudkan ialah bakal GRO di Rox. Tugas Yasser dan Fayreez adalah mencari GRO baru untuk Rox. Tapi, sebelum bakal GRO ini dihantar pada Rox, mereka yang dapat rasa ‘lauk’ ini terlebih dahulu. Untuk test power kata mereka.
Malam itu Yasser terasa pening. Terasa berat hendak mengangkat kepala. Tapi dibiarkan saja pening itu. Ditelannya dua biji ice baby. Hilang semua pening-pening.
Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Yasser dan Fayreez baru sahaja tiba di Rox. Setibanya di situ, Dean dan Rafael telah lama menunggu mereka di pintu masuk Rox. Dean dan Rafael hanyalah pelanggan setia Rox. Mereka berempat berkenalan ketika berjumpa di situ.
“Apa lambat sangat ni? Berjanggut dah aku tunggu kat sini,” ujar Dean. Sengaja mahu memprovok Fayreez dan Yasser.
“Biasalah, tunggu anak dara ni bersiap,” jawab Fayreez sambil menunjuk ke arah Yasser.
“Apa lak. Kau yang datang lambat. Sudahlah, jom kita masuk. Aku dah tak sabar nak beronggeng ni. Kau nak berjanggut ke, nak apa ke, kau punya pasal,” jawab Yasser. Yasser yang separuh sedar dek penangan ice baby tadi terus masuk ke dalam Rox.
Fayreez, Dean dan Rafael hanya ketawa melihat reaksi rakan mereka yang sedang laloq. Lalu mereka ikut masuk ke Rox.
Sesudah jam 3.30 pagi baru mereka keluar dari situ dalam keadaan mabuk. Begitulah rutin seharian mereka berdua. Hampir setiap malam pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Arak , pil ecstasy dan ice baby, serta wanita memang menjadi hidangan kepada mereka. Soal halal haram semuanya ditolak ke tepi.(bersambung....)

No comments: